Siakap Keli
pelajar unisza maut
Gambar: Sinar Harian

Motor Bertembung, Pelajar UniSZA Dilapor Maut

Motor Bertembung, Pelajar UniSZA Dilapor Maut

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut akibat motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal dalam kampus di Gong Badak, Kuala Nerus, pada malam rabu, lapor Sinar Harian.

Mangsa ialah Wan Muhamad Azhar Izzuddin Wan Abdul Razak, 21, yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah.

Kemalangan itu berlaku kira-kira pada jam 8 malam.

Sementara itu, dua orang lagi mangsa yang menaiki motosikal parah akibat kemalangan tersebut.

Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Semasa kejadian mangsa dari asrama ingin pergi ke majlis perasmian Festival Kokurikulum di Dewan Al-Muktafi Billah Shah di kampus berkenaan.

Malangnya, sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal dinaiki Muhammad Azhar bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang dinaiki dua lagi mangsa dari arah yang bertentangan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Sementara itu, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga UniSZA mengucapkan takziah di atas berita duka itu.

“Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan Allahyarham Wan Muhammad Azhar Izzuddin W Abdul Razak (Pelajar ISM Pengajian Islam (Dakwah) Dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA) yang sudah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (malam Rabu).

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman,” katanya.

BACA : Saintis Cipta Rekod Tinggal Dalam Air Selama 73 Hari

Dua Maut, Satu Cedera Motosikal Bertembung Di Yan

Baru-baru ini, kemalangan hampir sama turut berlaku yang melibatkan dua penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng cedera dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, dekat Yan, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pada 9.15 malam.

Mangsa Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41, dan Nur Aina  Ellysya Abdul Hadi, 13, maut di tempat kejadian. Manakala, adiknya Nur Aina Syafiqa Abdul Hadi, 11, mengalami kecederaan.

“Kejadian berlaku ketika Mohd Khatib Sharbini yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Sungai Limau Dalam menghala ke Kampung Bahagia manakala Nur Aina Ellysya bersama adiknya yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kampung Bahagia menghala ke Sungai Limau Dalam.

“Tiba di tempat kejadian, motosikal dua beradik itu telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggangi Mohd Khatib Sharbini. Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Sumber: Sinar Harian

Ezzatul Syafiqah