Siakap Keli
budak 4 tahun istana mainan
Kredit Daily Mail

Budak 4 Tahun Maut Akibat Sesak Nafas, Terjerut Ketika Bermain Di Istana Mainan

Budak 4 Tahun Maut Akibat Sesak Nafas, Terjerut Ketika Bermain Di Istana Mainan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia akibat sesak nafas ketika bermain di bouncy castle tanpa pengawasan gara-gara tiga pekerjanya sibuk bermain dengan telefon pintar masing-masing.

Memetik Daily Mail, tragedi itu dilaporkan berlaku di sebuah taman hiburan di bandar Mykolaiv, selatan Ukraine hujung minggu lalu.

Gadis bernama Valeria itu disedari terjerut di dalam tali struktur permainan tersebut selepas ibunya tidak mendengar gelak tawa anak perempuannya itu.

“Pada mulanya, Anna (ibu gadis itu) menyangka bahawa anaknya tidak sedarkan diri ketika bermain dalam kepanasan dan cuba membangunkannya,” kata Natalia Kuchynska, rakan rapat keluarga itu.

Kredit Daily Mail

Menurut Kuchynska, seorang saksi lelaki kemudiannya menelefon ambulans ketika pengunjung taman lain menyimbah air ke atas gadis itu. Gadis itu juga diberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan tekanan pada dada.

“Tiada pembantu perubatan yang memberikan pertolongan cemas di lokasi kejadian. Seseorang membawa doktor gigi dari klinik berdekatan.

“Mereka memeriksa kanak-kanak itu, cuba membangunkannya dengan ammonia dan memancarkan cahaya ke matanya. Apabila ambulans tiba, paramedik menyatakan Valeria meninggal dunia,” kata Kuchynska.

BACA: Piala Asia: Konsert Coldplay Berkemungkinan ‘Kacau’ Jumlah “Seat” Penyokong Harimau Malaya Di Bukit Jalil

Anna dan Valeria pada awalnya hendak pulang ke rumah, namun gadis itu meminta ibunya untuk bermain tiga minit lagi.

Anna bersetuju dan menunggu anak perempuannya di zon ibu bapa di kawasan di mana dia tidak dapat melihat kanak-kanak itu, tulis laporan.

Tiga kakitangan yang sepatutnya menjaga kanak-kanak itu semasa bermain di istana permainan dipercayai sibuk dengan telefon pintar mereka sewaktu tragedi itu berlaku.

“Pembantu melarikan diri dari tempat kejadian selepas Valeria ditemui,” kata Kuchynska.

Majlis pengebumian gadis itu berlangsung pada hari Rabu

“Anna sangat kecewa dengan berita kehilangan itu. Hari pengebumian sangat sukar. Kami terpaksa memberinya pil,” kata rakan keluarga itu lagi.

Ketua polis bagi wilayah Mykolaiv Oblast, Sergiv Shaikhet, berkata: “Awalnya diketahui bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terjerut dalam gelung di dinding istana ketika bermain di atasnya. Menurut penemuan awal pakar, kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas.”

Pemilik permainan pelampung, 45, telah ditahan polis. Dia bakal berdepan hukuman penjara sehingga lapan tahu jika didapati bersalah. Siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.