Siakap Keli
wahid satay meninggal dunia
Gamabar: Berita Mediacorp

Seniman Legenda Wahid Satay Meninggal Dunia

Seniman Legenda Wahid Satay Meninggal Dunia

Seniman legenda, Wahid Satay dilapor meninggal dunia, kira-kira jam 8.30 pagi di Singapura, pada Isnin, lapor Berita Mediacorp.

Berita pemergiannya atau nama sebenarnya Abdul Wahid Ahmad dimaklumkan oleh cucu Allahyarham, Mahirah Mohd Yasin kepada pemberita.

Maklumnya, Allahyarham ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di atas katil di kediamannya, dekat Teban Gardens.

Difahamkan, Allahyarham mempunyai kompilasi penyakit jantung dan kencing manis.

Sebelum ini, beliau dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung ringan pada bulan lalu.

Dalam masa yang sama, Allahyarham juga mengalami jangkitan di jari kakinya.

“Selepas Allahyarham balik dari hospital, dia kelihatan okay sahaja, bahkan semangat untuk beraya dengan anak dan cucunya,” ujar Mahirah.

Pemergian datuknya secara tiba-tiba membuatkan Mahirah berasa agak terkilan.

Sementara itu, Allahyarham akan dikebumikan selepas zuhur dan solat jenazah diadakan di Masjid Pusara Aman.

BACA JUGA: Gaji RM1.5k Beli Kereta Tanpa Deposit, 3 Bulan Tak Payah Bayar

Seorang anak seni

Untuk rekod, Wahid Satay pernah membintangi filem-filem terkenal seperti Badang, Anak Dara dan Pontianak.

Filem-filem tersebut berjaya mengharumkan namanya di dalam dunia lakonan.

Gelaran Wahid Satay itu diberi selepas beliau membintangi filem Pontianak yang memegang watak Watak Satay dan popularitinya meningkat selepas berlakon di filem tersebut.

Nama tersebut juga diberi oleh pemilik Studio Cathay Keris, Tan Sri Loke Wan Tho.

“Saya boleh dianggap sebagai anak emas Loke Wan Tho. Beliau banyak beri saya peluang malah dapat juga saya ke pesta filem di luar negara seperti di Tokyo, Hong Kong dan Manila. Filem Pontianak itu memang berjaya dan pecah rekod dalam dunia filem Melayu. Filem Inggeris pun kalah,” tambah.

Beliau berkata demikian semasa melakukan wawancara bersama Berita Harian Singapura.

Zaman kegemilangannya bermula pada era 50-an, di mana beliau sering diberikan peranan utama dalam filem-filem terbitan Cathay Keris.

Antara filemnya ialah Satay (1958), Rasa Sayang -Eh (1959), Che Mamat Parang Tumpol (1960) dan Badang (1962).

Beliau juga pernah diberi julukan ‘Jerry Lewis of Malaya’ disebabkan lakonan serta mimik mukanya mirip dengan pelawak itu.

Disebabkan sering menjadi tumpuan para wartawan dan peminat, beliau juga dianggap sebagai poster boy Cathay Keris.

Sumber: Berita Mediacorp, @danialazizahmad/Twitter, Berita Harian Singapura

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana