Ketahui Apa Itu DPC & DPM, Dua Benda Penting Yang Perlu Ada Jika Nak Bina Rumah
Rumah merupakan satu keperluan atau dalam bahasa yang mudah aset masa depan bagi setiap orang. Bukan sahaja sebagai tempat berlindung daripada cuaca malah menjadi tempat berkumpulnya ahli keluarga.
Oleh itu, penting bagi setiap orang memiliki rumah khususnya golongan belia yang mula ingin membina “tapak kehidupan”. Walau bagaimanapun, beberapa aspek penting perlu diketengahkan dalam pencarian atau pembinaan rumah baharu mereka.
Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan dari berlakunya kerosakan dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Antara aspek penting yang perlu difikirkan dalam pembuatan rumah termasuklah DPC dan DPM. Apa benda DPC dan DPM ini?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian seorang kontraktor, Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli di bawah ini.
Apa itu DPC & DPM?

Bila buat rumah, benda paling tak best ialah bila ada damage berkaitan dengan air. Tak kira lah air dari paip bocor ke, moisture ke, atau leak dari bumbung. Pasal water damage ni nak trace tak cepat dan akibatnya rosak yang sangat extensive sampai ada time tak tau nak cari dah mana punca.
Sebab tu bila buat rumah, kena ikut step yang betul. Jangan main nak murah hujungnya merana.
BACA JUGA: Apa Beza Antara Bata Merah Dan Bata Putih? Mana Lebih Baik? Abang Tukang Ni Jelaskan
Pastikan lah letak DPM atau Damp Proof Membrane sebelum lay concrete flooring dekat ground floor. DPM ini lah akan halang moisture dari naik ke lantai rumah. Kalau ada tukang miss out benda ni, boleh pangkah terus lah.
Bila moisture dah naik sampai lantai, pasang apa pun akan cepat rosak. Yelah, lantai lembap kan. Kabinet rosak, furniture rosak, tile tak lekat, laminate flooring cepat rosak, banyak lagi lah.

Jadi pastikan DPM ni ada.
Tapi itu tak cukup juga. Dekat brick wall juga letak Damp Proof Course atau DPC. Dia datang dalam roll dan boleh potong ikut ketebalan saiz dinding.
DPC pula penting untuk elak moisture bergerak dari tanah ke dinding (raising dampness) dan naik ke atas dinding.
Kadang kita tengok dekat rumah-rumah kampung, dinding ground floor selalu cat menggelupas. Repair tak habis-habis masih menggelupas. Itu jadi bila moisture dah masuk dalam dinding.

Ini dua benda penting di awal pembinaan rumah. Tukang yang aku jumpa pun terkadang miss out bila part pasang DPC ni. DPM tahu dah tapi tak biasa letak DPC bawah dinding.
Benda simple macam ni boleh dijadikan soalan untuk kita test kontraktor juga
Simple sharing. Harap membantu.
Ar. Ahmadkhairul Sabirin
Tak mahal pun benda ni. Lagi mahal nak repair kalau lupa letak.