Polis Temui Gunting Lapan Inci Dalam Dubur Tahanan, Cuba Seludup Masuk Ke Penjara
Taktik licik seorang lelaki yang cuba menyeludup gunting sepanjang lapan setengah inci ke dalam penjara dengan menyembunyikannya di dalam dubur berjaya dihidu pihak berkuasa.
Memetik Sky News, pegawai penjara membongkar kegiatan itu ketika penjenayah tersebut sedang dalam proses untuk dimasukkan ke dalam Penjara La Porte County, Indiana, Amerika.
Pegawai berkata, objek itu dikenal pasti di ‘lokasi pelik’ selepas suspek enggan memberi kerjasama semasa rutin pencarian pada hari Rabu.
Lelaki itu akhirnya ‘dengan berat hati’ bersetuju untuk imbasan badan elektronik dilakukan.
Pemeriksaan dilakukan oleh penolong komander operasi penjara, Leftenan Jeff Holt mendapati terdapat objek asing di dalam rongga dubur tahanan tersebut.
Pegawai berkata lelaki itu terus menolak untuk memberi kerjasama dan selepas imbasan kedua yang dilakukan tidak lama kemudian mendedahkan objek itu. Objek tersebut dipercayai merupakan gunting.
Gunting berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan
“Tidak lama kemudian, gunting dikeluarkan daripada tahanan tanpa sebarang insiden,” kata jurucakap penjara itu.
Kapten Derek J Allen dari Pejabat Syerif Daerah La Porte, berkata: “Leftenan Holt dipuji kerana pengalaman dan latihannya. Disebabkan itu dia berjaya menghalang objek berbahaya itu daripada masuk ke dalam penjara.”
Pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki itu atau atas sebab apa dia ditangkap.
Mereka berkata sejak pengimbas seluruh badan diperkenalkan buat pertama kali di penjara pada 2017, ia telah menemui pelbagai barangan. Ia termasuk peralatan tatu, dadah dan ‘kelengkapan’.
BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat
Terdahulu, jenayah kejam seorang lelaki terbongkar baru-baru ini saat jenazah isterinya dimandikan, dalam kejadian yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia.
Menurut laporan Tribun Jatim, lelaki berkenaan pada awalnya mendakwa kemalangan sebagai punca kematian isterinya.
Namun, saat jenazah isterinya dimandikan, bukti perlakuan jenayahnya terdedah dan penipuannya terbongkar. Rupa-rupanya wanita berkenaan meninggal dunia kerana dibunuh kejam oleh suaminya sendiri.
Dalam laporan akhbar berkenaan, suspek dilapor berusia 27 tahun manakala mangsa berusia 24 tahun.
Suspek sebelum ini mereka cerita bahawa isterinya terlibat dalam kemalangan motosikal dan cedera sehingga meragut nyawanya.
Perkara berkenaan kemudian dilaporkan kepada polis yang seterusnya bertindak menggali semula kubur mangsa. Pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati bahawa mangsa meninggal dunia kerana dibunuh.
Sumber: Sky News