Pertama Kali Di Dunia, Doktor Berjaya Bedah Otak Bayi Yang Masih Dalam Rahim
Sepasukan doktor Amerika Syarikat berjaya melakukan pembedahan ke atas seorang bayi yang masih dalam kandungan, pertama kali di dunia.
Memetik laporan CNN, pembedahan berkenaan dijalankan bagi merawat masalah saluran darah pada otak yang jarang berlaku dialami bayi tersebut.
Pembedahan bagi merawat penyakit dikenali sebagai ”Venus of Galen malformation (VOGM)” itu dijalankan oleh pasukan doktor daripada Hospital Wanita dan Bringham serta Hospital Kanak-kanak di Boston.
Menurut CBS News, pembedahan itu dilakukan pada usia kandungan 34 minggu ketika bayi berkenaan masih di dalam rahim. Doktor melakukan pembedahan dengan dibantu teknologi ultrasound dan beberapa peralatan pembedahan yang lain.
Buat pertama kali, doktor bedah otak bayi yang masih dalam rahim
Penyakit itu timbul apabila saluran yang membawa darah ke otak tidak terbentuk sepenuhnya. Akibatnya, jumlah darah yang banyak akan menekan saluran darah dan jantung serta boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kelak sekiranya tidak dirawat.
Menurut wakil pasukan pembedahan, operasi ke atas bayi yang belum dilahirkan itu sememangnya sangat mencabar.
”Kecederaan otak yang teruk dan kegagalan jantung serta merta selepas kelahiran adalan dua cabaran terbesar,” Dr. Darren Orbach, Pakar VOGM.
Tambahnya lagi, walaupun ada kemajuan dalam penjagaan kesihatan, 50 hingga 60 peratus bayi VOGM akan mendapat sakit serta-merta. Kira-kira separuh bayi yang mampu bertahan hidup pula berdepan masalah neurologi dan kognitif yang teruk.
Menurut CBS News, bayi itu pada awalnya didapti membesar dengan sempurna dalam kandungannya sehingga ujian ultrasound mendedahkan ada yang tidak kena.
Kebanyakkan bayi yang mempunyai masalah ini akan menderita penyakit jantung dan kerosakan otak, serta seringkali mempunyai jangka hayat yang singkat. Situasi yang sama juga dikesan pada bayi tersebut yang jantungnya didapati berdepan masalah dan VOGM semakin kronik.
Terdahulu, media juga pernah melaporkan kes bayi di Amerika Syarikat yang menderita penyakit kulit rapuh, kulit tanggal dan gugur setiap hari.
Bayi itu dilaporkan menderita penyakit Harlequin ichthyosis yang menyebabkan kulitnya tanggal setiap hari. Ia sekaligus meletakkannya dalam risiko jangkitan yang membahayakan nyawa selain masalah pernafasan.
BACA: Macam Tak Percaya, Suri Rumah Ada Pendapatan Cecah RM5k Sebulan Hasil Buat Kerja Sambilan
Sumber: NDTV