Siakap Keli

Macam Tak Percaya, Suri Rumah Ada Pendapatan Cecah RM5k Sebulan Hasil Buat Kerja Sambilan

Macam Tak Percaya, Suri Rumah Ada Pendapatan Cecah RM5k Sebulan Hasil Buat Kerja Sambilan

Tahun 2023 ini sememangnya satu tahun yang penuh dengan cabaran. Ramai yang kehilangan kerja dalam tempoh dua tahun lepas, masih lagi berhempas pulas membina semula sumber pendapatan hari ini. Kata orang, duit bukan penentu bahagia namun tiada duit boleh mengundang pelbagai penderitaan.

Bagi mereka yang tidak kehilangan pekerjaan, tetap ada tempias pandemik yang perlu ditanggung. Ada syarikat yang terpaksa memotong gaji pekerja masing-masing, bagi memastikan aliran tunai syarikat tidak terjejas dan gulung tikar.

Manakala bagi mereka yang diterima bekerja dalam tempoh dua tiga tahun kebelakangan, mungkin tidak menerima gaji setimpal yang dimahukan. Biasanya alasan yang diberi syarikat adalah keadaan ekonomi global yang masih suram dan impak pandemik masih dirasai sehingga kini.

Mahu tak mahu, pekerja perlu menerima hakikat kewangan mereka pasti terjejas. Maka tak hairanlah, ada yang sanggup buat lebih daripada satu kerja ketika ini semata-mata untuk memastikan duit dalam poket tidak susut.

Ramai juga yang memilih untuk menjadi penghantar barang secara sambilan seperti menjadi rakan penghantar Lalamove.

Sebenarnya, banyak kelebihan tau kalau korang jadi rakan penghantar Lalamove ini. Lagi pula, pekerjaan ini terbuka kepada semua tanpa mengira jantina. Asalkan korang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, korang dah boleh mula menjadi rakan penghantar Lalamove pada bila-bila masa.

Pendapatan cecah RM5k sebagai rakan penghantar sambilan Lalamove

Salah seorang rakan penghantar sambilan Lalamove yang sudah berjaya adalah Puan Amelie yang pernah mencapai pendapatan bulanan RM 5,000 sebulan.

Terpaksa meninggalkan pekerjaan tetap dalam tempoh pandemik dan menjadi suri rumah serta ibu sepenuh masa, Puan Amelie memilih pekerjaan ini kerana apa yang dimahukan dalam kehidupan berkeluarga adalah kestabilan kewangan.

Kata Puan Amelie, walaupun suaminya lebih daripada mampu untuk menanggung mereka sekeluarga, namun kerana mahukan masa depan terbaik untuk anak, mereka perlu memastikan kewangan mereka kukuh terlebih dahulu.

Dari situ, dia mula mencari ruang untuk menambah pendapatan sehinggalah suatu hari melihat iklan berkenaan Lalamove di kaca tv.

“Saya terus pergi ke laman web Lalamove dan mendaftar sebagai rakan penghantar. Di peringkat awal, saya sekadar mahu mencuba sahaja.

“Jika kerja itu tidak sesuai, saya boleh berhenti pada bila-bila masa je kan? Tetapi, lihatlah saya hari ini, masih menjadi rakan penghantar Lalamove. Pulangannya memang lumayan!”, kata Puan Amelie.

Walaupun meraih pendapatan mencecah ribuan ringgit, Puan Amelie gembira untuk terus menjadi rakan penghantar Lalamove secara sambilan kerana peluang itu memberikan keseimbangan dalam kehidupan seharian.

Boleh susun sendiri jam bekerja, tak bertindih dengan tanggungjawab hakiki

“Perkara terbaik menjadi rakan penghantar Lalamove adalah saya boleh memilih waktu bekerja sambil mengutamakan anak saya terlebih dahulu,” katanya lagi.

Menurut Puan Amelie, dia biasanya hanya memulakan tugas sebagai rakan penghantar selepas menghantar anak ke pusat asuhan. Di sebelah petang pula, dia akan memastikan tugas penghantaran terakhir diselesaikan sebelum dia pulang mengambil anak.

Dalam pada itu, Puan Amelie menegaskan dia tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk mengangkat barang-barang pelanggan yang perlu dihantar.

“Ramai tak percaya bila saya cakap dukung anak lebih memenatkan berbanding mengangkat barang-barang berat,” katanya berseloroh.

Biasanya, dia menghubungi para pelanggan terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat berkenaan barang yang perlu dihantar. Pelanggan-pelanggannya juga tidak keberatan menghulurkan bantuan sekiranya barang tersebut memerlukan tenaga lebih untuk mengangkatnya.

“Tetapi tanggungjawab sebagai ibu adalah ‘pekerjaan’ sepenuh masa. Saya perlu cergas setiap masa, lebih-lebih ketika suami bekerja di luar kawasan.

“Jadi sebelum menghantar sesuatu barang, saya akan menghubungi pelanggan terlebih dahulu dan bertanya apakah barang yang mahu dihantar.

“Jika saya merasakan barang tersebut tidak sesuai dengan fizikal saya sebagai seorang ibu dan wanita, maka saya menolak penghantaran tersebut secara baik,” ujar Puan Amelie.

Bagi Puan Amelie, keutamaannya adalah untuk menjaga kesihatan supaya tanggungjawab kepada anak tidak terjejas.

“Anak lebih memerlukan saya. Jadi saya perlu sentiasa berada dalam keadaan baik, sama ada ketika di rumah ataupun di atas jalan sebagai rakan penghantar,’’ ujarnya lagi.

Ada insurans disediakan oleh Lalamove untuk rakan penghantar

Menyentuh mengenai pengalaman sebagai rakan penghantar Lalamove, dia mendapati pekerjaan sambilan ini memberikan pulangan yang lumayan kepadanya.

“Saya suka menerima bayaran secara mingguan apabila menyempurnakan tugasan. Pendapatan secara mingguan ini dapat memastikan aliran tunai kami tidak terganggu dan terputus,’’ tambahnya.

Selain itu, ramai yang tidak tahu bahawa Lalamove juga menyediakan pelan perlindungan insurans kepada semua rakan penghantarnya.

Menurut Puan Amelie, dia tahu dia dilindungi dengan insurans oleh Lalamove jika dia cedera ketika menjalankan tugas sebagai rakan penghantar.

“Tidak dilupakan juga, pelanggan Lalamove biasanya banyak bagi tip kepada rakan penghantar,” katanya sambil tersenyum.

Berbicara tentang pendapatan bulanan, Puan Amelie mengakui pernah merasa pendapatan sehingga RM 5,000 sebulan sebagai rakan penghantar sambilan.

Namun begitu, amaun berkenaan hanya boleh dicapai sekiranya rakan penghantar rajin dan menyempurnakan tugasan sebaik mungkin.

Suri rumah dan wanita pun ramai jadi rakan penghantar Lalamove

Puan Amelie juga gembira kerana hasratnya untuk bekerja sambilan sebagai rakan penghantar mendapat restu daripada suami.

Walaupun pada awalnya si suami agak keberatan, namun selepas berbincang suaminya menyokong keputusan yang mahu diambil Puan Amelie.

“Apabila dia melihat saya mampu membahagikan masa antara menjadi suri rumah dan bekerja sambilan, dia berasa gembira.

“Tetapi suami selalu mengingatkan saya untuk berhati-hati di jalan raya, lebih-lebih lagi jika saya perlu menghantar atau mengangkat barang yang berat-berat,” tambahnya.

Bagi wanita yang mahu membantu suami menambah pendapatan keluarga, Puan Amelie berkata menjadi rakan penghantar Lalamove adalah jalannya.

“Saya kenal ramai wanita yang memiliki kereta dan motorsikal bekerja sambilan sebagai rakan penghantar Lalamove.

“Tetapi jika anda memandu pikap 4×4 seperti saya, anda perlu pilih tugas dengan baik kerana kebanyakan barang yang perlu dihantar adalah berat.

“Namun semuanya berbaloi, lebih-lebih lagi apabila kita dapat melihat senyuman para pelanggan yang berpuas hati dengan kerja kita.

“Hati juga gembira apabila kita dapat melihat baki dalam dompet digital selepas menyempurnakan penghantaran,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Nak buat kerja sambilan dan raih pendapat sehingga RM 5,000 macam Puan Amelie? Apa tunggu lagi, ayuh daftar segera sebagai rakan penghantar Lalamove di sini https://lalamove-driversea.app.link/Ub3zOujaVzb

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web, Facebook dan Instagram Lalamove.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.