Siakap Keli
aksb duit sagu hati
Kredit: FB Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan

Duit Sagu Hati Untuk Ringan Beban Kakitangan – AKSB

Duit Sagu Hati Untuk Ringan Beban Kakitangan – AKSB

“Amalan memberi duit sagu hati kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan semasa Aidilfitri untuk meringankan beban kakitangan,” demikian kata Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada Khamis.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan di Facebook, AKSB berkata ia merupakan amalan biasa sebuah syarikat sebagai keraian.

“Bayaran sagu hati ini dibuat mengikut prosedur tadbir urus kewangan dan diluluskan lembaga pengarah iaitu badan tertinggi sesebuah syarikat,” katanya.

Salinan notis dimuat naik

Sebelum ini, satu salinan notis yang didakwa dikeluarkan AKSB mengenai pemberian Aidilfitri pada tahun ini dimuat naik oleh seorang individu, memetik Sinar Harian.

Dalam notis tersebut ia mengatakan AKSB telah meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah AKSB.

Manakala, setiausaha syarikat mendapat sebanyak RM2,000 dan kakitangan pula kira-kira RM200.

Dewan Pemuda Pas Kelantan menyifatkan itu merupakan prosedur biasa, di mana pemberian saguhati berjumlah RM10,000 diberikan kepada ahli lembaga pengarah AKSB.

Dalam pada itu, ketuanya, Mohamad Kamah Mohamed berkata ia adalah tanda menghargai kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka dalam memberi idea dan pandangan serta keputusan kepada pihak pengurusan.

Kerajaan Kelantan Rancang Bina Telaga Tiub Tangani Masalah Air

Terdahulu media melaporkan Kerajaan Kelantan akan membina telaga tiub di kawasan yang mengalami masalah bekalan air bersih kritikal di negeri ini susulan musim panas yang melanda.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri pada masa ini sedang mendapatkan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pertubuhan Muslim Care bagi melaksanakan usaha itu.

“Kita telah berbincang dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Exco untuk menggerakkan sistem telaga tiub.

“Kita akan cari pihak tertentu seperti NGO Muslim Care Malaysia (Muslim Care) kerana pertubuhan ini banyak membantu memberi khidmat di Sudan, Afghanistan dan sebagainya.

“Kita akan bincang dengannya bagaimana cara untuk membantu membina telaga tiub terutama di kawasan yang mengalami masalah bekalan air kritikal pada musim panas ini. Kita memang memantau bekalan air di negeri ini,” katanya.

Sumber: FB Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.