Siakap Keli
Guna Panel Solar, Lelaki Ini Dapat Jimat Bil Elektrik Sebanyak RM280
Kredit: Facebook

Lelaki Saran Guna Panel Solar Untuk Jimat Elektrik, Ini Sebabnya

Lelaki Saran Guna Panel Solar Untuk Jimat Elektrik, Ini Sebabnya

Tenaga suria atau ‘solar’ merupakan salah satu sumber tenaga yang semakin digunakan untuk menjana tenaga elektrik pada masa ini.

Hal ini disebabkan, tenaga suria dilihat sebagai satu alternatif yang baik bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

Selain boleh diperbaharui, tenaga suria juga merupakan tenaga yang ‘bersih’. Hal ini disebabkan, tenaga ini langsung tidak menghasilkan sebarang kesan negatif terhadap alam sekitar.

Memetik U.S. Energy Information Administration, teknologi tenaga solar dan stesen janakuasanya tidak membebaskan gas rumah hijau dan pencemaran udara ketika beroperasi.

Tambahnya, kita dapat kesan positif apabila menggunakan tenaga suria tanpa disedari. Ini dapat dilihat apabila tenaga suria berjaya mengurangkan atau menggantikan sumber-sumber tenaga lain yang mampu memberi kesan kepada alam sekitar.

Memandangkan kita tinggal di Malaysia, sebuah negara yang beriklim, cahaya matahari yang terik itu boleh dikatakan di mana-mana.

Jadi, ini menjadikan satu faktor mengapa anda patut memasang panel suria pada kediaman anda.

Lebih menarik, kita dapat menjimatkan bil elektrik apabila memasang panel solar di rumah kita. Perkara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos sara hidup sekali gus mengatasi masalah kenaikan kos tarif elektrik dari semasa ke semasa.

Untuk melihat perkara ini dengan lebih jelas, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalamannya selepas memasang panel solar pada kediaman.

Pengguna Peter Wong telah berkongsi pengalamannya yang berharga menerusi kumpulan Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Berikut merupakan perkongsiannya

Sekadar berkongsi pengalaman memakai panel solar saya.

Saya telah memasang 10 unit panel solar. Lapan unit dipasang menghala ke timur manakala dua lagi dipasang menghala ke barat.

Panel solar yang digunakan adalan jenis Top Tier 1 berjenama Qcells dan Inverter Hoymiles. Kos pembeliannya pula kira-kira RM 20,000 untuk saiz 4.7 kWp.

Dengan penggunaan panel solar, kita boleh jimat bil elektrik dalam lingkungan RM 280.

Jika kos tarif elektrik masih kekal sama, kita akan mendapat semula modal pemasangan dalam masa enam tahun lagi.

Kalau kos tarif elektrik dikatakan akan meningkat selepas ini, kita boleh mendapat balik modal lebih awal daripada tempoh itu.

Saya telah membayar kos panel solar tersebut secara ansuran untuk 36 bulan. Manakala, wang muka bagi pemasangan ini kira-kira RM 5500.

Oleh itu, dengan berbaki lagi RM14,500 dan dibahagi selama 36 bulan dengan kadar faedah sebanyak kosong peratus, saya hanya perlu membayar sebanyak RM402.77 setiap bulan.

Akan tetapi bil elektrik sudahpun berkurang sebanyak RM280 setiap bulan. Maka, saya hanya perlu membayar dalam lingkungan RM30 untuk bil elektrik.

Itu pun untuk tiga tahun sahaja. Selepas tiga tahun, saya tidak perlu membayar apa-apa untuk elektrik di rumah saya.

Kadang kala, bil elektrik boleh sampai negatif disebabkan penggunaan elektrik kurang dari RM280 pada bulan tersebut.

panel solar jimat bil elektrik
Kredit: Facebook

Pengguna Facebook amat mengesyorkan pemasangan panel solar di rumah kerana ia sangat berbaloi

Bagi saya, pemasangan panel solar merupakan sesuatu perkara yang berbaloi. Saya mendapat pelbagai jaminan iaitu jaminan inverter selama 10 tahun dan jaminan panel solar selama 25 tahun.

Saya syorkan kepada sesiapa yang duduk rumah teres ataupun rumah kampung yang menggunakan elektrik sekurang-kurangnya RM250 ke atas.

Kalau bil elektrik sekadar dalam lingkungan RM100-RM200 macam kurang berbaloi kerana terpaksa tunggu masa yang lebih lama untuk mendapatkan balik modal pemasangan solar.

Cara penyelenggarannya tidak sukar. Setiap enam bulan, saya akan naik ke atas bumbung dengan membawa paip air, extendable pole dan span untuk mengelap permukaan penel solar.

Bahan cuciannya pun mudah ditemui. Panel solar boleh dicuci dengan menggunakan air dan sabun pinggan sahaja.

Setiap tahun kos untuk pemasangan solar kian menurun. Kini, saya ternampak ada pakej pemasangan saiz lebih kurang sama dengan saya. Cuma harga lebih murah dalam lingkungan RM18k sahaja !!.

Melalui ini, return of investment (ROI)  akan menjadi lebih cepat dan harga pemasangan lebih rendah dari saya!!!

Setakat ini, tiada penyelenggaran bateri diperlukan. Saya ingin menambah info ini kerana kerap mendapat soalan berkenaan penyelenggaran bateri.

panel solar jimat bil elektrik
Kredit: Facebook

Saya pakai sistem on-grid dengan TNB. Jadi semua elektrik dijana akan dibeli oleh TNB pada kadar 1 untuk 1.

Sebagai contoh, jika TNB caj Rm0.516 setiap kWh, saya juga jual balik kepada TNB pada kadar Rm0.516.

Di bawah program subsidi solar Permeteran Tenaga Bersih 3.0 (NEM 3.0), saya sudah menandatangani kontrak bersama TNB. Pihak tersebut sudah lock-in untuk membeli 100 peratus tenaga elektrik yang dijana menerusi panel solar saya selama 10 tahun.

Walau bagaimanapun, program NEM3.0 ni akan berakhir hujung tahun 2023. Tidak pasti sama akan ada program NEM4.0 atau syaratnya akan tidak begitu menguntungkan pada tahun yang akan datang.

Sesiapa yang berminat, daftar segara sebelum 31 Disember 2023.

BACA: “Suka Hati Hampalah”, The Melvins Tak Heran Konsert Coldplay, Lagi Minat Ceramah Agama

Sumber: Peter Wong via Tukang Apa Hari Ini (Facebook)

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma