Siakap Keli

PPZ-MAIWP Seru Warga Labuan Tunai Zakat Simpanan & Wakaf Tunai

KUALA LUMPUR, 11 APRIL 2023: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah  Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini melancarkan Kempen Kesedaran Zakat Simpanan  dan Wakaf Tunai di Labuan 2023 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang  ibadah zakat khususnya zakat simpanan dan wakaf di PPZ-MAIWP hari ini yang akan  berlagsung selama 3 bulan bermula 23 Mei hingga 31 Ogos 2023. 

Selain daripada menguar-uarkan kewajipan Zakat Simpanan, Ketua Pegawai Eksekutif  PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, inisiatif ini juga merupakan  langkah PPZ-MAIWP untuk meningkatkan dana wakaf bagi membolehkan banyak lagi  projek wakaf diwujudkan oleh pihak MAIWP khususnya di Labuan selain menyemarakkan  ibadah wakaf ini sebagai amalan tambahan bagi melengkapi atau menyempurnakan  ibadah wajib. 

“Saya dapati ada dikalangan masyarakat Islam terlepas pandang dan ada yang masih  keliru akan kewajipan zakat simpanan serta beranggapan kewajipan telah sepenuhnya  terlaksana dengan hanya menunaikan zakat pendapatan. 

Saya juga menyeru kepada semua khususnya warga Labuan untuk mengambil dan  merebut peluang ini bagi melaksanakan kedua ibadah zakat dan wakaf di PPZ-MAIWP  agar lebih banyak manfaat diperoleh demi merapatkan jurang antara golongan kaya dan  miskin serta membela asnaf secara keseluruhannya”, katanya. 

Sebagai galakan, setiap pembayar Labuan yang membuat bayaran Zakat Simpanan  serendah RM100 dalam tempoh kempen akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah  menarik iaitu televisyen pintar, mesin basuh, gelombang mikro, e-baucar makanan  bernilai RM50 kepada 100 pembayar dan hamper bernilai RM100 khas untuk pemabayar  kanak-kanak.

Pelbagai kemudahan saluran bayaran zakat harta sama ada secara offline atau online disediakan antaranya Kaunter PPZ-MAIWP di Times Square, Kaunter Zakat dan Wakaf  Bergerak, Portal Zakat: zakat.com.my, Portal Wakaf: wakafppz.com.my, Aplikasi  MyZakat dan Ejen-ejen Perbankan Internet, Kaunter Bank dan sebagainya. 

Pelancaran kempen di rasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji  Abdul Hakim Amir Osman. Turut Hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ MAIWP, Encik Mohammed Hassan. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa