Siakap Keli
Kanak-Kanak Digilis Lori
Gambar; IPD Melaka Tengah

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori

MELAKA, 25 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas digilis lori dalam kemalangan di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian kira-kira 5.30 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyum meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di simpang tiga ketika mangsa sedang bermain bersama saudaranya di celah pokok di sekitar tempat kejadian.

BACA JUGA: Murid Perempuan Tahun Empat Maut Digilis Lori Treler

“Pemandu lori itu iaitu lelaki berusia 37 tahun mendakwa tidak perasan kehadiran mangsa walaupun telah memastikan keadaan jalan selamat sebelum keluar dari simpang berikutan tindakan kanak-kanak itu yang tiba-tiba keluar dari celah pokok.

“Berikutan itu, lelaki berkenaan tidak menyedari mangsa yang sedang berlari ke arahnya sebelum terlanggar kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala sampel darah turut diambil daripada pemandu lori itu untuk mengesan kandungan alkohol dan dadah.

Katanya kes disiasat lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?