Siakap Keli
tips beli kereta second hand
Kredit: TikTok

Tips Beli Kereta Terpakai, Wajib Periksa Empat Bahagian Ini

Tips Beli Kereta Terpakai, Wajib Periksa Empat Bahagian Ini

Ramai yang menyimpan hajat untuk membeli kereta terpakai, atas faktor kewangan, namun seringkali merasa bimbang takut-takut tertipu, kan?

Salah satu alasannya mudah sahaja, kereta terpakai bermaksud kereta itu sudah ada tuannya sebelum ini. Kita sebagai pembeli baharu, biasanya memang tidak tahu langsung sejarah sebenar kereta tersebut, melainkan apa yang diberitahu penjual sahaja.

Namun sebenarnya kita tidak perlu risau, kereta yang dijual di kedai kereta terpakai yang diyakini dan mempunyai reputasi selalunya selamat untuk dibeli.

Sebenarnya, membeli kereta terpakai memiliki kelebihannya tersendiri. Berbanding dengan kereta ‘first hand’, anda tidak memerlukan masa berbulan-bulan untuk menunggu kereta anda. Paling-paling pun beberapa minggu sahaja.

Jika anda seorang bertuah, anda boleh mendapat kereta idaman anda dengan spesifikasi dan varian yang lebih padu dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

Cuma yang sedihnya, anda tidak boleh memilih warna kenderaan mengikut citarasa sendiri.

Berbalik kepada persoalan mengenai perasaan takut apabila untuk membeli kereta ‘second hand’, kebanyakan pembeli ingin mengelak daripada membeli kereta yang memiliki ‘sejarah hitam’.

Ingatkan manusia sahaja yang ada ‘sejarah hitam’, kereta pun ada rupanya

Antara ‘sejarah hitam’ kereta terpakai yang sering menjadi kerisauan pembeli adalah seperti pernah terlibat dalam banjir dan kemalangan.

Apabila sesebuah kenderaan terlibat dalam insiden kemalangan mahupun banjir, kebanyakan sistem di dalam kereta seperti sistem enjin, penyejukan dan sebagainya perlu dibaiki secara menyeluruh.

Selain itu, kebarangkalian kenderaan ini untuk ‘jatuh sakit’ bila-bila masa juga tinggi. Walaupun kereta terpakai, ia tetap kereta yang ‘baru’ kita beli, jadi memang tak seronoklah belum apa-apa dah kena hantar ke bengkel.

Bayangkan, mileage tak sampai 10,000 km kita guna, tiba-tiba kereta buat ‘hal’, mesti akan ada rasa ralat nanti.

Gusar untuk membuat pilihan tepat? Sebelum beli kereta terpakai, ikuti empat tips ini

Bagi mengubati kerisauan anda, seorang pengguna TikTok telah berkongsi tips sebelum membeli kereta ‘second hand’.

Bos Beng (@thisisbeng) telah berkongsi empat tips kepada orang ramai untuk mengenalpasti sama ada kereta terpakai yang dijual memiliki ‘sejarah hitam’.

Beliau meminta orang ramai yang bakal membeli kereta terpakai untuk memeriksa beberapa bahagian ini sebelum membeli apa-apa kereta terpakai.

Pertama sekali, tarik tali pinggang keledar sampai habis gulungannya. Jika anda mendapati bahagian hujungnya ada kesan seperti pasir atau kulat, berkemungkinan kereta tersebut pernah dimasuki air banjir sampai paras kerusi pemandu.

Kedua, buka bahagian bonet kereta dan periksa bahagian keadaan skru-skru pada bahagian dalamnya.

Menurut Bos Beng, jika skru-skru tersebut pernah dibuka, terdapat kemungkinan bahawa kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.

tips beli kereta second hand
Kredit: TikTok

Ketiga, buka pintu kereta dan tarik bahagian getah pada bahagian dalam pintu. Selepas berbuat demikian, lihat permukaan badan kereta yang berada di sebalik getah tersebut.

tips beli kereta second hand
Kredit: TikTok

Jika bahagian rangka kereta tersebut memiliki kesan kimpalan ataupun tidak rata, terdapat kemungkinan besar kereta tersebut pernah mengalami kesan remuk yang berpunca daripada kemalangan.

Akhir sekali, periksa bahagian penutup minyak enjin (engine oil cover). Jika bahagian tersebut ada kotoran seperti gambar dibawah, ia juga menjadi pentanda kereta berkenaan mungkin pernah terendam dalam banjir.

tips beli kereta second hand
Kredit: TikTok

Semoga tips ini dapat membantu anda untuk memilih kereta terpakai yang terbaik serta memberikan rasa puas hati selepas menggunakannya untuk jangka masa yang panjang.

@thisisbeng

4 Tips untuk beli second hand car‼️#carsomemy#beepbeepsale#2ndhandcar#november#booknow#testdrive#qualitycar#fixedpricenohiddenfeebossbeng

♬ Company background music – TimTaj

BACA: Jangan Buat Main, Ramai Tak Tahu Najis Burung Mungkin Boleh Rosakkan Cat Kereta

Sumber: thisisbeng via Tiktok

 

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma