Siakap Keli
FDA luluskan Neuralink tanam cip dalam otak
SUMBER IG ELON MUSK

Cip Otak Neuralink Milik Elon Musk Dapat Kelulusan Untuk Ujian Pada Manusia

Cip Otak Neuralink Milik Elon Musk Dapat Kelulusan Untuk Ujian Pada Manusia

Cip implan otak yang dibangunkan oleh syarikat milik bersama Elon Musk, Nueralink dilapor mendapat kelulusan FDA untuk memulakan ujian klinikal ke atas manusia.

Kelulusan tersebut dianggap permulaan untuk syarikat tersebut dalam pembangunan teknologi antaramuka langsung antara otak manusia dengan komputer.

Dalam satu pengumuman di Twitter, syarikat itu berkata bahawa kelulusan itu adalah hasil kerjasama rapat antara pasukan Neuralink dengan FDA.

Neuralink memaklumkan bahawa pihaknya setakat ini belum membuka sebarang pengambilan sukarelawan untuk ujian tersebut. Manakala butiran lanjut berkenaan keperluan dan syarat-syarat penyertaan ujian berkenaan akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Cip implan otak Neuralink Elon Musk dapat kelulusan ujian ke atas manusia

Musk melalui akaun Twitternya turut mengucapkan tahniah kepada pasukan jurutera di Neuralink di atas kejayaan tersebut.

Dalam laporan media, kelulusan yang diterima oleh syarikat berkenaan selari dengan kenyataan Elon pada Disember lepas dimana beliau menjangkakan akan menerima kelulusan FDA dalam tempoh enam bulan.

Ketika itu, Elon turut mendemonstrasikan penggunaan teknologi berkenaan menerusi ujian ke atas monyet dan babi. Menurut Elon, salah satu aplikasi dunia sebenar pertama untuk cip itu adalah membantu memulihkan penglihatan orang yang buta atau fungsi motor orang yang lumpuh.

Teknologi antaramuka otak-komputer Neuralink menggunakan beribu-ribu elektrod kecil yang tertanam dalam otak untuk membaca isyarat yang dipancarkan langsung oleh neuron dan kemudian menghantarnya ke komputer.

Matlamat utama teknologi berkenaan adalah mencipta cip otak yang membolehkan kecerdasan manusia berhubung terus dan akhirnya bergabung dengan kecerdasan buatan.

Menurut pemerhati, kelulusan diberikan FDA menjadi petanda Neuralink sudahpun berjaya mengatasi semua kebimbangan mengenai keselamatan teknologi berkenaan.

FDA terdahulu menolak percubaan awal syarikat Neuralink untuk mendapatkan kelulusan ujian manusia pada tahun 2022.

Dalam penolakannya, FDA bimbang dengan keselamatan implan tersebut terutamanya bateri litium yang digunakan dalan teknologi berkenaan. Selain itu, timbul juga isu berkenaan wayar kecil yang berpotensi bergerak dan mengganggu bahagian tertentu otak.

FDA ketika itu juga sangsi dengan keupayaan Neuralink untuk menghasilkan peranti yang secara keseluruhan tidak akan merosakan otak manusia.

BACA: Ajak Tengku Permaisuri Pandang Kamera, Pemuda Dapat Gambar Konvo Cantik

Sumber: Forbes

Mohd Raimi Ismail

peace on earth