Siakap Keli
graduan permaisuri kamera
Kredit: TikTok

Ajak Tengku Permaisuri Pandang Kamera, Pemuda Dapat Gambar Konvo Cantik

Ajak Tengku Permaisuri Pandang Kamera, Pemuda Dapat Gambar Konvo Cantik

Majlis konvokesyen merupakan salah satu detik yang berharga, khususnya bagi para graduan yang sudah menghabiskan pengajiannya dalam peringkat tertentu.

Ini dianggap sebagai simbolik dan bukti hasil kejayaan setelah berpenat lelah selama tiga atau empat tahun menuntut ilmu.

Oleh sebab itu, ramai graduan menginginkan gambar yang diambil ketika sesi ini, khususnya ketika berada di atas pentas dalam keadaan sempurna dan cantik.

Ada yang sanggup membeli sepasang baju dan kasut baharu, mengambil pakej solekan dan perkhidmatan fotografi prakonvokesyen bagi memberikan pengakhiran yang manis untuk zaman pengajian.

Ajak Permaisuri pandang kamera, pemuda dapat gambar konvo cantik

BACA: Musim Genggam Ijazah, Ini Tips Untuk Siswi Tampil Jelita Di Hari Konvokesyen

Malah, ada juga beberapa tips ‘turun temurun’ untuk memastikan gambar yang diambil ketika mengambil skrol sempurna.

Antara tips tersebut adalah, mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pemberi skrol agar kelihatan tersenyum di hadapan kamera.

Graduan juga dinasihati agar tidak mengucapkan ‘thank you‘ kerana sebutan frasa tersebut akan membuatkan mulut kita muncung ketika gambar diambil.

Memang kita tidak akan lari dari sifat yang inginkan kesempurnaan, lagi-lagi apabila ia melibatkan saat-saat penting dalam kehidupan.

Untuk mendapatkan gambar graduasi yang sempurna, graduan ini menggunakan taktik yang agak unik

Biasanya, kita akan diberi masa yang agak minimum untuk bergambar ketika mengambil skrol di atas pentas.

Jika bernasib baik, ada pihak yang akan memberikan cue untuk memandang ke arah kamera.

Kebanyakannya majlis tidak akan memberikan isyarat dan ini menyebabkan sesetengah gambar graduasi kelihatan seakan-akan ‘candid’.

Namun, gambar candid bukanlah ‘objektif’ yang ingin dicapai oleh pengguna TikTok, Choiya (@_fahmikz).

Graduan Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Arab Komunikasi Profesional ini inginkan gambarnya graduasinya sempurna, yang mana kedua-dua wajah penerima dan pemberi skrol melihat ke arah kamera.

Menerusi video yang dimuatnaik dalam akaun TikToknya, graduan itu secara spontan meminta Permaisuri Selangor, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin untuk melihat ke arah kamera semasa baginda menghulurkan skrol kepadanya.

Hasil tindakan impulsifnya telah membuatkan Choiya berjaya mendapatkan gambar graduasi idamannya.

@_fahmikz

The best moment ever 🥲🫶🏼 #konvouitm96 #uitmdihatiku #uitm #unipurle #fyp

♬ Best Day Of My Life by Brent Morgan – Brent Morgan

Rata-rata pengguna media sosial mengakui tercengang dengan tindakan Choiya. Pada masa yang sama juga mereka tersentuh dengan kelembutan Tengku Permaisuri yang berkenan melayan permintaan spontan tersebut.

Namun, ramai juga pengguna yang memuji keberaniannya dan tindakan yang disifatkan berfikir di luar kotak terbukti berjaya menghasilkan gambar graduasi yang sangat cantik.

Untuk makluman, graduan tersebut telah menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-96 (Sesi Jun 2022) di UiTM Shah Alam yang berlangung pada pagi Ahad (21 Mei 2023) bagi sidang kedua.

BACA: Cemas, Viral Penumpang ‘Buka’ Pintu Kecemasan Pesawat Ketika Dalam Penerbangan

Sumber: _fahmikz via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma