Siakap Keli
obor-obor sikat haiwan pertama bumi
SUMBER: EARTH.COM

Kajian Dapati Obor-obor Sikat Mungkin Haiwan Pertama Di Bumi

Kajian Dapati Obor-obor Sikat Mungkin Haiwan Pertama Di Bumi

Komuniti saintis kini percaya bahawa mereka mungkin berjaya mengenal pasti haiwan pertama yang ada di Bumi, hidup sejak kira-kira 700 juta dahulu.

Menerusi kajian yang diterbitkan di Nature, kumpulan saintis percaya haiwan tersebut adalah obor-obor sikat (ctenophore). Obor-obor tersebut adalah haiwan yang menjelajah lautan ketika memburu makanan, dedah kajian tersebut yang dibuat oleh saintis Universiti California Berkeley.

Walaupun mirip dengan obor-obor biasa, obor-obor sikat sebenarnya haiwan berbeza. Antara perbezaannya adalah obor-obor sikat bergerak di dalam air menerusi silia, bukannya menerusi sesungut.

Obor-obor sikat masih menjadi sebahagian daripada ekosistem marin hari ini dan boleh ditemui di perairan diseluruh dunia.

Obor-obor sikat mungkin haiwan pertama di Bumi

Pengarang bersama kajian, Profesor Daniel Rokhsar berkata dalam satu kenyataan bahawa nenek moyang yang paling baru dari semua haiwan mungkin hidup sekitar 600 atau 700 juta tahun dahulu.

Katanya lagi, saintis sukar untuk menentukan rupa bentuk haiwan-haiwan ini kerana ia berbadan lembut dan tiada rekod fosil yang ditemui.

”Namun kita boleh membuat perbandingan merentasi pelbagi haiwan hidup untuk mengkaji nenek-moyang haiwan-haiwan ini,” katanya.

Selama ini, wujud perdebatan dalam komuniti ilmu berkanan haiwan mana yang wujud terlebih dahulu, sama ada obor-obor sikat atau span.

Span adalah makhluk yang menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di satu tempat, menapis air melalui liang-liang untuk mengumpulkan makanan.

Disebabkan ciri-ciri primitif yang ada pada span, ramai yang mempercayai bahawa span adalah makhluk pertama di Bumi sebelum wujudnya obor-obor sikat.

Namun begitu, dengan penemuan terbaru ini, span walaupun wujud awal di muka Bumi, namun ia berkemungkinan adalah haiwan kedua selepas obor-obor sikat.

Bagi menentukannya, saintis mengkaji organisasi gen dalam kromosom organisma. Kromosom obor-obor sikat ini kelihatan berbeza daripada kromosom span, obor-obor dan intertebrata lain. Ia membuatkan penyelidik yakin bahawa obor-obor sikat sama ada wujud lebih awal ataupun lebih lambat daripada haiwan-haiwan lain.

“Pada mulanya, kami tidak tahu sama ada kromosom obor-obor sikat berbeza daripada haiwan lain kerana banyak berubah selama ratusan juta tahun. Alternatifnya juga, obor-obor sikat boleh jadi berbeza kerana ia adalah cabang terawal, sebelum keturunan haiwan-haiwan lain muncul. Ini yang perlu kami kenal pasti,” kata Rokhsar lagi.

Bukti saintifik para penyelidik adalah apabila mereka membandingkan kromosom obor-obor sikat dengan yang kromosom bukan haiwan. Penyelidik mendapati bahawa obor-obor sikat dan bukan haiwan berkongsi kombinasi gen kromosom tertentu. Manakala kromosom span dan haiwan lain tersusun dengan cara yang berbeza.

Menurut penyelidik, maklumat baharu itu sangat berharga untuk saintis mempelajari tentang peranan asas semua haiwan dan manusia hari ini. Antaranya seperti cara kita makan, bergerak dan merasakan persekitaran.

BACA: Didakwa ‘Buli Jalan’ Perodua Myvi, Pemandu Lori Tular Ditahan Polis

Sumber: CBS

Mohd Raimi Ismail

peace on earth