Siakap Keli
lelaki bakar wanita hamil
Gambar: Bernama

Reman Lelaki Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil Disambung Lima Hari

Reman Lelaki Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil Disambung Lima Hari

SHAH ALAM, 29 Mei (Bernama) — Reman seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, disambung lima hari hingga Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata berkata pelanjutan reman suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini.

BACA JUGA: Mayat Terbakar Ditemui Di Kebun Kelapa Sawit

Katanya setakat ini lebih 20 saksi telah dipanggil untuk dirakam kenyataan bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, luka akibat tikaman di dada menjadi punca pelayan restoran itu maut selain dikelar diperut sebelum dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas.

Agus Salim berkata suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam pada 22 Mei lepas.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?