Siakap Keli
rumah kongsi musnah
Kredit: BERNAMA

Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran

Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran

MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah tapak pembinaan musnah dalam satu kebakaran di Bertam, di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Mohamed Azuani Mat Yusuf berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.14 petang sebelum tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Kebakaran membabitkan lapan pintu rumah kongsi termasuk beberapa stor menyimpan kabel dan petrol itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.31 malam ini.

“Kira-kira 100 mangsa membabitkan buruh binaan warga asing tinggal di rumah kongsi berkenaan namun tiada yang dilaporkan cedera ketika kejadian,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata 14 anggota daripada BBP Tangga Batu, Cheng dan Ayer Keroh terlibat dalam operasi itu termasuk tiga jentera pemadaman.

Katanya antara masalah dihadapi pasukan penyelamat adalah ketiadaan bekalan sumber air kerana taman perumahan itu masih dalam pembinaan dan pihaknya menggunakan bekalan air sepenuhnya daripada jentera.

Pusat Beli Belah Mid Valley Dilaporkan Terbakar

Sebelum ini, media melaporkan pusat beli belah MidValley mengalami kebakaran dari bahagian dalam bangunan sekitar pukul 10 pagi.

Insiden kebakaran tersebut turut dirakam oleh orang ramai yang berada berdekatan dengan bangunan dari pelbagai arah.

Menerusi beberapa hantaran warga maya di Twitter, terdapat kepulan asap hitam dan api yang marak keluar daripada dalam bangunan terbabit.

Sumber: BERNAMA

BACA: Cari Lagu Tapi Lupa Tajuk? Bunyikan Rentak Je Google Boleh Detect

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.