Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pusat Beli Belah Mid Valley Dilaporkan Terbakar
Pusat beli belah MidValley dilaporkan mengalami kebakaran dari bahagian dalam bangunan sekitar pukul 10 pagi tadi.
Insiden kebakara tersebut turut dirakam oleh orang ramai yang berada berdekatan dengan bangunan dari pelbagai arah.
Menerusi beberapa hantaran warga maya di Twitter, terdapat kepulan asap hitam dan api yang marak keluar daripada dalam bangunan terbabit.
Menurut ciapan KLCCC DBKL, kerja – kerja memadamkan api sedang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Oleh sebab itu, dua lorong kiri di jalan utama terpaksa ditutup atas faktor keselamatan dan memudahkan usaha memadam kebakaran di lokasi kejadian
Manakala, Polis Bantuan telah ditugaskan untuk mengawal keadaan trafik di kawasan yang terlibat.
Berita lanjut bakal menyusul
BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023
Sumber: KLCCC DBKL via Twitter