Siakap Keli
nekad keringkan air empangan
Gambar: Twitter/@ramanmann1974

Terjatuh Ketika “Selfie”, Lelaki Nekad Keringkan Air Empangan Demi Ambil Telefon

Terjatuh Ketika “Selfie“, Lelaki Nekad Keringkan Air Empangan Demi Ambil Telefon

NEW DELHI — Seorang pegawai pemeriksa di India telah digantung kerja selepas bertindak mengarahkan jutaan liter air Empangan Kherkatta dilepaskan di Chhattisgarh.

Nekad Keringkan Air Empangan Demi Ambil Telefon Terjatuh

Difahamkan, telefon miliknya dipercayai terjatuh ke dalam empangan itu sewaktu berswafoto. Berikutan itu, lelaki terbabit nekad untuk mendapatkan kembali telefonnya yang terjatuh.

Menurut BBC, individu tersebut mengambil masa tiga hari untuk menemukan semula telefonnya yang hilang di dalam empangan itu. Walau bagaimanapun, setelah ditemui peranti berkenaan tidak boleh digunakan lagi akibat dimasuki air.

Jelas kakitangan kerajaan itu, dia mendakwa telefon tersebut menyimpan data sensitif kerajaan yang perlu disimpan. Namun, dia telah dituduh kerana menyalahgunakan kedudukan dan pangkatnya.

Telefon yang terjatuh dalam empangan Kherkatta tersebut dikatakan bernilai $1,200 (lebih RM5,500).

Media tempatan melaporkan selepas penyelam tempatan gagal menemui peranti itu, dia telah membawa masuk pam diesel bagi mencarinya.

Dakwa Dapat Kebenaran

Lelaki itu mendakwa bahawa dia mendapat kebenaran lisan daripada seorang pegawai bagi mengalirkan sedikit air ke dalam terusan berhampiran.

Tambah pegawai itu, setidaknya ia akan memberikan bantuan kepada petani yang memerlukan air.

BACA: Air Semakin Surut, Masjid ‘Misteri’ Berusia 120 Tahun Muncul Semula Lepas Tiga Dekad Tenggelam

Bagaimanapun,  pam itu dikosongkan hingga menyebabkan kehilangan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air.

Sementara itu, seorang naib presiden kebangsaan dari parti negeri menyifatkan jumlah air itu cukup digunakan untuk tujuan pengairan seluas 600 hektar tanah.

Digantung Kerja

Seorang pegawai daerah Kanker, Priyanka Shukla berkata individu itu telah digantung dan siasatan sedang dijalankan.

“Air merupakan sumber penting. Oleh itu, ia tidak boleh dibazirkan sewenang-wenangnya seperti ini,” ujar Shukla lagi.

Terdahulu, seorang wanita yang terlalu leka bercakap di telefon bimbitnya dilaporkan telah jatuh ke dalam lubang pembetung di Faridabad, India.

Mujur wanita dan bayinya itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan selepas diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan sekitar.

BACA JUGA: Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik

Sumber: BBC News 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.