Siakap Keli
resepi udang celup biskut

Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik

Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik

Perasan tak sepanjang bulan puasa ni makin meriah timeline dengan resepi-resepi enak untuk berbuka. Dari hidangan main course hingga ke dessert, semuanya akan mendapat perhatian ramai.

Tak kurang juga ada yang buat experiment dengan resepi baharu yang tak pernah dibuat sebelum ini. Ada yang menjadi, ada pula yang terpaksa berputih mata.

Biar pun mungkin hidangan yang dimasak lain dari yang lain dan tak pernah dibuat orang, namun semangat untuk masak itu penting.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang lelaki berkongsi resepi unik udang goreng yang tak pernah dibuat orang sebelum ini, tapi ternyata hasilnya lazat dan mempunyai perisa yang unik.

Resepi Unik – Udang Goreng Love Letters Lemon

Resepi tersebut adalah udang goreng menggunakan Love Letters berperisa Lemon.

Mesti ada yang pelik dan tertanya-tanya kan? Boleh ke guna Love Letters sebagai salah satu bahan untuk masak?

Apa pulak tak boleh, korang ikut je resepi yang dikongsikan lelaki tersebut kat bawah ni.

Bahan-bahan

  • 45 ekor udang saiz sederhana – goreng salut tepung terlebih dahulu dan ketepikan.
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 biji cili merah/cili api – tumbuk
  • 2 sudu makan mentega
  • Love Letters Lemon
  • 2 tangkai daun kari

Cara memasak

1. Bersihkan udang dan goreng salut telur dan tepung terlebih dahulu. Ketepikan.

2. Panaskan kuali guna api sederhana dan cairkan mentega. Elak guna api besar kerana mentega akan hangus.

3. Tumis daun kari hingga naik bau.

4. Kemudian masukkan pula bawang putih dan cili yang ditumbuk. Tumis lagi hingga keperangan.

5. Seterusnya masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

6. Masukkan Love Letters. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.

7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

resepi udang celup biskut

resepi udang celup biskut

Selain udang goreng, banyak lagi resepi lain korang boleh buat dengan Love Letters perisa lemon ni. Sekarang masanya untuk korang get creative dengan tiga resepi yang korang boleh buat untuk berbuka nanti.

Resepi Cannoli

Bahan-bahan

  • Tepung gandum
  • Gula pasir
  • Garam
  • Mentega tanpa garam
  • Telur dan putih telur

Bahan yang diperlukan untuk inti Cannoli

  • Susu
  • Gula serbuk
  • Coklat chip
  • Love Letters Lemon
  • Kayu manis

Cara memasak

1. Campurkan bahan kering dalam pemproses makanan.

2. Masukkan mentega.

3. Selepas itu pindahkan ke dalam mangkuk yang telah disapu minyak, tutup dan rehatkan doh.

4. Panaskan minyak dalam periuk.

5. Canai doh dengan sangat nipis di atas permukaan yang ditaburkan tepung.

6. Potong bulat atau bujur (kira-kira 4 inci setiap satu).

7. Balut dan guna putih telur untuk tutupnya.

8. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga perang keemasan dan garing kira-kira 1-2 minit.

9. Keluarkan kulit cannoli dan toskan.

10. Buat inti cannoli.

11. Biarkan kulit cannoli sejuk sepenuhnya kemudian isi dengan intinya.

Cara buat inti

1. Masukkan kesemua bahan (susu, gula serbuk, Love Letters Lemon yang telah dihancurkan, coklat chip dan kayu manis) ke dalam mangkuk.

2. Kacau hingga sebati

Resepi bandung Love Letters

  • ¼ cawan Sirap
  • ¾ cawan Krim Kelapa Kara
  • ½ tin Ais Krim Soda
  • 2-4 cawan Ais Hancur
  • Love Letters Lemon

1. Campurkan sirap ros dan Kara Coconut Cream bersama-sama dan tuangkan soda aiskrim. Masukkan 2-3 Love Letters Lemon yang telah dikisar.

2. Tuangkan ke dalam gelas yang berisi ais

3. Hidangkan segera.

Resepi sticky kurma Love Letters Lemon cake

  • 125g marjerin tanpa tenusu. Lebihkan sikit untuk melincinkan mangkuk dan kertas.
  • 375g buah tin atau kurma kering (atau campurkan kedua-duanya)
  • 75ml jus epal atau oren
  • 350g campuran sultana (anggur hijau) dan kismis
  • 1 biji epal, dikupas dan diparut
  • 85g gula perang muda
  • 85g gula perang gelap
  • 100g Love Letters Lemon (ditumbuk halus)
  • 100g tepung naik sendiri

Cara memasak

1. Sapukan mangkuk berisipadu 2 liter dengan marjerin, kemudian alaskan tapaknya dengan bulatan kertas pembakar.

2. Sapukan juga marjerin pada sekeping kertas pembakar yang besar, kemudian letakkan di atas kepingan besar foil. Lipat di tengah setiap helaian.

3. Cincang kasar 125g buah tin/kurma dan ketepikan.

4. Masukkan baki buah tin/kurma dan marjerin ke dalam pemproses makanan yang besar dan pukul hingga lembut.

5. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk adunan yang besar. 

6. Masukkan buah tin/kurma yang dicincang, sultana, kismis, epal parut, gula, Love Letters Lemon, tepung dan lada sulah. 

7. Kacau semuanya, kemudian masukkan ke dalam mangkuk atau acuan tahan panas.

8. Tutup dengan helaian kertas yang sudah disapukan marjerin, ikat dengan tali dan trim. 

9. Masukkan ke dalam periuk besar dan kemudian isikannya dengan air mendidih yang cukup.

10. Tutup dan reneh selama 3 jam, tambahkan air mengikut keperluan. Angkat dan biarkan sejuk. Hidangkan pada suhu bilik

Kalau korang nak tahu, Love Letters Lemon ni adalah perisa limited edition pada bulan Disember 2022.

resepi udang celup biskut

Tapi disebabkan sambutan menggalakkan, Julies’ teruskan produksi sempena hari raya ni.

Nak tahu tak kenapa ramai gila suka Love Letters perisa lemon ni, cuba korang try dulu confirm jatuh cinta.

Korang boleh dapatkan Love Letters Lemon di kedai-kedai yang terdekat atau secara online di Shopee dan Lazada.

resepi udang celup biskut

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web dan media sosial Julie’s seperti berikut:

Website: https://www.julies.com.my/?utm_source=ADVERTORIAL&utm_medium=SIAKAPKELI&utm_id=2023HARIRAYA

Facebook: https://www.facebook.com/JuliesBiscuits?mibextid=ZbWKwL

Instagram: https://instagram.com/juliesbiscuits?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Sofea

There's always another side to every story