Siakap Keli
tips diet sam

Tips Diet Sam, Tiga Benda Je Kena Jaga

Tips Diet Sam, Tiga Benda Je Kena Jaga

Mesti ramai dari pengikut SK sekarang dah tengok Polis Evo 3 kan? Manakan tidak, belum sampai seminggu tempoh tayangan, kutipan filem aksi itu telah mencecah lebih RM10 juta.

Bila bercakap pasal Polis Evo, mesti satu benda akan terlintas dalam kepala kita, iaitu Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa Sam akan menurunkan berat badan dalam tempoh singkat dan mendapatkan tubuh badan ‘berketul’ sesuai dengan watak Inspektor Khai yang dibawa.

Ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dilakukan oleh Sam sehingga mendapatkan tubuh badan sebegitu dalam masa yang singkat? Sampai ada yang stress memikirkannya sebab sesetengah orang sangat sukar menurunkan berat badan walaupun sekilo dua kadang makan masa hingga 3 ke 4 bulan.

Dalam video terbaru di akaun Tiktok Sam, ada yang bertanya tips diet dan Sam hanya menjawab ada tiga tips yang perlu korang ikut. Pertama, PEMAKANAN, kedua PEMAKANAN dan yang ketiga PEMAKANAN.

Ini bermakna, nak turunkan berat badan, kita perlu kurangkan dan kawal pemakanan kita sebdisiplin mungkin untuk mencapai berat badan ideal. Secara logik akalnya, kita gemuk disebabkan makan dan bila nak kurus kena kurangkan makan.

@shaheizysam

Replying to @Alexiusф Sebelum nak tanya jenis pemakanan, tanya dalam diri dulu “mampu tak aku nak buat tanpa alasan?”. Tepuk dada tanya selera 😅

♬ original sound – Shaheizy Sam – Shaheizy Sam

Potong Gula, Minyak

Dalam video tips diet Sam yang berasingan,  ada berkongsi kumpulan makanan yang beliau hentikan pengambilannya dalam tempoh diet. Pertama dan paling penting adalah Sam tak ambil sebarang jenis gula termasuk gula perang. Sam akan menggantikan dengan Stevia jika teringin makan or minum benda manis.

Gula tu bukan sekadar gula putih atau gula perang. Ia merangkumi makanan manis, produk susu, serbuk koko, minuman botol atau tin, beras putih tinggi kanji juga dianggap sebagai gula pada Sam.

Sam juga menghentikan pengambilan makanan berminyak dan ia termasuk goreng menggunakan majerin atau lepa susu. Jika Sam teringin makan makanan berminyak contohnya Pasta Aglio Olio, Sam akan menggunakan minyak zaitun.

Tips terakhir dalam video tersebut ialah, Sam akan berjalan laju bila berpeluang berjalan dalam pusat membeli-belah. Kata Sam ini kerana bila degupan jantung menjadi laju, ketika itulah lemak sedang dibakar. Kalau naik eskalator pun Sam akan berjalan bukan menunggu sampai atas.

Amalkan Diet Atkins

Dalam temu bual Sam ketika Polis Evo 1 ditayangkan 7 tahun lepas, Sam berkongsi detik ketika mula-mula dapat skrip sebagai Inspektor Khai. Perkara yang bermain di fikiran Sam ketika itu ialah watak Insp Khai mestilah bertenaga dan ‘fit’ sebab ‘Supercop’ kan?

5 bulan sebelum memulakan penggambaran Polis Evo 1, Sam mula megamalkan diet Atkins iatu diet tanpa karbohidrat. Karbohidrat ini termasuk nasi, roti, produk mi dan segala jenis karbohidrat. Sam hanya makan makanan berprotein seperti ayam dan ikan yang direbus, dibakar atau stim.

Antara tips diet Sam yang lain, Sam juga mula pergi ke gym, mula berjoging kerana pada Sam membawa watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo bukanlah sesuatu yang mudah kerana Insp Khai digelar ‘Supercop’. Seumur hidup Sam tak pernah ada ‘six pack’ sehingga Insp Khai hadir dalam hidupnya.

Cabaran antara paling berat yang dihadapi ialah apabila selesai penggambaran, Sam terpaksa melihat sahaja pelakon lain dan krew-krew menjamu selera dengan makanan-makanan yang mewah di set penggambaran. Tapi pada Sam itulah cabaran yang perlu dihadapi.

Kredit: Shaheizy Sam

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.