Siakap Keli
Polis Evo 3 Kutipan
Gambar: Instagram Syafiq Yusof

Polis Evo 3 Kaut Kutipan RM16 Juta Selepas Empat Hari Ditayangkan

Polis Evo 3 Kaut Kutipan RM16 Juta Selepas Empat Hari Ditayangkan

Selepas ditayangkan pada 25 Mei lalu, filem Polis Evo 3 dilaporkan berjaya meraih kutipan sebanyak RM16 Juta selepas empat hari ditayangkan di pawangan.

Memetik Astro Awani, filem arahan Syafiq Yusof itu menjadi filem paling tinggi kutipan pada minggu pembukaan selepas pandemik. Ia juga berjaya mengatasi rekod kutipan minggu pembukaan filem Mat Kilau.

“Untuk rekod, Mat Kilau Berjaya memungut RM12.2 juta selepas empat hari tayangan. Ini membuktikan filem tempatan masih mendapat sokongan daripada peminat dan menginginkan filem yang berkualiti,” maklum kenyataan itu.

Syafiq Luah Rasa Syukur

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh pengarah filem berkenaan di akaun Instagram miliknya. Dalam hantaran tersebut, beliau menzahirkan rasa syukur dengan hasil kejayaan kutipan filem itu.

Tambah Syafiq, dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang terus memberikan sokongan terhadap filem tempatan.

“Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih semua! Teruskan menyokong filem Malaysia 🇲🇾,” tulisnya di Instagram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s)

Raih RM10 Juta Kutipan Dalam Tempoh 3 Hari

Semalam, TGV Cinema turut memaklumkan filem Polis Evo 3 berjaya memecahkan rekod dengan mengutip lebih RM10 juta dalam masa tiga hari ditayangkan di layar perak.

BACA JUGA: Polis Evo 3 Raih Kutipan RM1.3 juta Untuk Tayangan Awal

Untuk makluman, filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon tersohor seperti  Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad dan Nora Danish.

Bukan sahaja itu, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana turut sama tersenarai dalam karya Syafiq Yusof.

Filem ini mengisahkan kolaborasi dua anggota polis, iaitu Inspektor Khai dan Inspektor Sani di mana mereka mempunyai misi terbaharu untuk diselesaikan.

Pasukan itu juga turut disertai oleh Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell, yang dilaporkan mempunyai kepakaran yang berbeza.

Namun keadaan menjadi sukar apabila Inspektor Khai menjadi sasaran seterusnya dan dari situ persahabatan antara Inspektor Khai dan Sani diuji apabila suspek mempunyai kaitan dengan sasaran.

Sumber: Astro Awani, Instagram Syafiq Yusof

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?