Siakap Keli
polis evo 3 tayangan awal
Kredit: Awani

Polis Evo 3 Raih Kutipan RM1.3 juta Untuk Tayangan Awal

Polis Evo 3 Raih Kutipan RM1.3 juta Untuk Tayangan Awal

Filem aksi Polis Evo 3 dilapor menduduki tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia selepas berjaya meraih kutipan sneak preview sebanyak RM1.3 juta, semalam, lapor Awani.

Filem aksi komedi terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu mendapat kutipan tertinggi mengalahkan filem antarabangsa.

Difahamkan, filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu akan ditayangkan di pawagam bermula hari ini di seluruh negara.

Disebabkan berjaya meraih kutipan tertinggi, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3, Raja Jastina Raja Arshad berkata itu adalah satu permulaan yang baik.

Ujar Raja Jastina, kedudukan filem itu juga membuktikan bahawa peminat masih menunjuk minat dengan filem tempatan.

“Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton Malaysia, Singapura dan Brunei yang telah menonton filem ini.

“Terima kasih juga kepada rakan penerbit Skop Productions dan TGV Pictures, barisan pelakon serta semua yang berusaha keras dalam meletakkan kejayaan Polis Evo 3,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, orang ramai turut dipelawa untuk mengikuti jelajah Polis Evo 3 yang diadakan di Terengganu, Pahang, Seremban, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Singapura, Johor dan Melaka.

Bagi penduduk Terengganu, jelajah itu bermula pada 26 Mei hingga 28 Mei, manakala Seremban pula 2 Jun dan Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada 3, 4 dan 5 Jun depan.

Sementara itu, jelajah di selatan pula iaitu di Johor, Melaka dan Singapura pada 8, 9, 10, 11 Jun ini.

Filem arahan Syafiq Yusof tersebut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad dan Nora Danish.

Turut sama membintanginya ialah Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Sinopsis filem

Filem tersebut mengisahkan kolaborasi dua anggota polis, iaitu Inspektor Kai dan Inspektor Sani di mana mereka mempunyai misi terbaharu untuk diselesaikan.

Pasukan itu juga turut disertai oleh Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell, yang dilaporkan mempunyai kepakaran yang berbeza.

Namun keadaan menjadi sukar apabila Inspektor Khai menjadi sasaran seterusnya dan dari situ persahabatan antara Inspektor Khai dan Sani diuji apabila suspek mempunyai kaitan dengan sasaran.

Sumber: Awani

BACA: Mechamato Cecah Kutipan RM5 Juta Dalam Masa Tiga Hari

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana