Siakap Keli
tips pilih durian
Gambar: Facebook Azlan Noor

Dah Tiba Musimnya, Ini 10 Tips Pilih Durian Yang Wajib Anda Tahu

Dah Tiba Musimnya, Ini 10 Tips Pilih Durian Yang Wajib Anda Tahu

Sebut sahaja durian sememangnya ia menjadi kegilaan orang ramai, lebih-lebih lagi ia digelar sebagai ‘Raja Buah’. Sesetengah durian mempunyai harga agak mahal seperti Black Thorn, Musang King dan lain-lain.

Ketika musimnya, buah ini boleh dikatakan memenuhi sepanjang jalan. Kebiasaannya, ia diletakkan dalam bekas atau raga. Baunya yang unik membuatkan ia boleh dihidu dari jauh.

Bagaimanapun, tidak semua buah yang dijual di tepi jalan dalam keadaan baik, ada yang telah buruk seperti dimakan ulat, berlubang, warna yang berbeza dan sebagainya.

Oleh itu, bagi penggemar durian, penting buat mereka untuk memilih durian yang elok agar boleh dimakan dengan penuh kepuasan.

Hari ini, pihak SK akan berkongsikan tips untuk memilih durian yang terbaik sewaktu membeli yang disampaikan oleh Azlan Noor di bawah.

10 Tips Pilih Durian

tips pilih durian
Gambar: Facebook Azlan Noor

“Durian ni berapa sekilo bang?”

Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu.

Diketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi.

Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit.

‘Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas’

Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan.

Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam hareyy.

Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah givap nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu.

BACA JUGA: Ini Tips Semai Biji Betik Agar Tumbuh Subur & Berbuah Lebat

Sampai lah satu hari tu aku google tips nak pilih durian.

Ajaibnya, hampir kesemua durian yang saya beli guna tips tu menjadi. Rasa macam tak percaya. Saya cuba apply tips tu berkali-kali. Resultnya sama.

Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.

Bentuk bulat
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

Berat durian
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

Tangkai
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

Bunyi
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

Duri
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat

Bau
Hidu durian dan cari yang berbau manis

Juring
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

Kulit
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

Warna
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

Musim
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.

Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.

Sumber: Facebook Azlan Noor 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?