Siakap Keli
bunyi pocong ayam
Kredit: FB Puteri Tun Teja

‘Ingat Ayam’, Wanita Dakwa Dengar Bunyi Pocong ‘Live’ Depan Mata

‘Ingat Ayam’, Wanita Dakwa Dengar Bunyi Pocong ‘Live’ Depan Mata

Apabila bercakap mengenai makhluk halus, kemungkinan ramai yang tidak mempunyai idea bagaimana bentuk, rupa dan juga suara mereka.

Sungguhpun kalau ada yang bertemu dengan makhluk tersebut, perkara pertama yang dibuat semestinya melarikan diri atau menutup mata, tidak sempat untuk menuturkan doa dan ayat pendinding kerana terlalu takut.

Terdapat banyak benda dalam hidup ini yang masih belum diterokai dan salah satunya, mengetahui benda-benda mistik dan kewujudannya di alam nyata.

Tular video pocong keluarkan bunyi

Akan tetapi, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan entiti dipercayai pocong mengeluarkan ‘suaranya’, mematikan rasa ingin tahu dalam kalangan masyarakat.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Puteri Tun Teja memaparkan mahkluk halus yang dipercayai pocong sedang berdiri di hadapan rumah berdekatan tingkap.

Klip pendek itu dirakam dari jauh namun suara yang dikatakan milik pocong itu kedengaran jelas tanpa memerlukan alatan mikrofon.

Kebiasaannya, setiap video berkaitan makhluk halus, entiti tersebut hanya akan terpacak, berdiri tegak, berjalan laju, terbang dan sebagainya.

Namun apa yang mengejutkan, dalam video itu perakam mendakwa bahawa pocong berkenaan telah mengeluarkan bunyi yang tidak disangka-sangka.

“Betul ke bunyi dia macam ini? Selama ini ingatkan bunyi ayam,” katanya.

Kredit: FB Puteri Tun Teja

Pocong tersebut berdiri menghadap tepi rumah, kemudian keberadaannya di situ disusuli dengan bunyi yang seakan-akan sama seperti ayam berkokok.

Entiti itu tidak bergerak namun bunyi yang dikeluarkan mempunyai ‘irama’ tersendiri dan kelantangannya juga berbeza-beza.

Sekiranya didengarkan dengan teliti, bunyi itu juga sama seperti bunyi orang sedang ketawa akan tetapi ia mirip sekali dengan bunyi ayam berkokok pada waktu pagi.

Walau bagaimanapun, bunyi itu tidaklah sekuat kokokan ayam, sebaliknya seperti sayup-sayup kedengaran sahaja di telinga.

BACA: Kecoh Di Media Sosial Video Penampakan Didakwa Pocong Keluarkan Bunyi Seram 

Perkongsian warga maya

Video tersebut menuai perhatian warga maya, kerana rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman apabila berhadapan dengan entiti tersebut.

Ada juga yang merasa merinding ketika mendengar bunyi yang dikeluarkan pocong itu kerana takut akan dihantui pada waktu malam.

Sesetengah mereka turut menceritakan pengalaman masing-masing dan mengesahkan bunyi itu sememangnya ‘suara’ pocong.

Kredit: Facebook

Menurut Muhd Amirul, dia mendakwa pernah terdengar bunyi yang sama pada dua hari lepas ketika mencari limau nipis di belakang rumahnya pada pukul 3 pagi.

“Tapi bunyi kasar sikit macam orang sesak nafas campur bau busuk bangkai.

“Dalam hati asyik terfikir pocong, pusing belakang, pocong,” ceritanya.

Kredit: Facebook

Sementara itu, Primadona Melaka Tengah mengesahkan bunyi itu sememangnya bunyi pocong susulan pernah ‘bertemu’ dengan makhluk itu.

“Betul bunyinya itu, aku pernah nampak dekat kebun sawit. Bau hanyir busuk,” ujarnya.

Pada awalnya, dia menganggap bunyi itu datang daripada musang namun apabila dilihat dengan lebih dekat, pocong telah terpacak di tempat itu.

Kredit: Facebook

Manakala Azizah Yunus, yang baru tahu berkaitan bunyi pocong itu juga mengatakan dia sering mendengarnya berdekatan dengan kebun.

Dia hanya berfikir bunyi itu datang daripada burung namun selepas melihat video itu, dia telah mengetahui selama ini ‘irama’ yang didengari itu rupanya adalah bunyi pocong.

Kredit: Facebook

Imila Haila juga menceritakan suaminya pernah mendengar bunyi yang sama dan apabila dia keluar, rupanya-rupanya pocong berada di tempat itu.

Terkejut dengan bunyi itu, Imila Haila berkata dia tidak menyangka bahawa pocong mengeluarkan bunyi sedemikian.

Kredit: Facebook

Hanan Athirah pula menceritakan bahawa dia pernah mengalami situasi seram dan terdengar bunyi itu semasa belajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pada ketika itu, Hanan Athirah bersama kawan-kawannya ingin melaksanakan solat qiamulail di surau, namun bunyi itu muncul semasa mereka dalam perjalanan.

“Mula-mula bunyi dia dekat, lama-lama makin jauh bunyinya. Apa lagi kita sekawan berlari macam tak sampai dekat surau,” ceritanya.

Video penuh rakaman entiti seram yang dikongsikan pemilik Facebook Puteri Tun Teja ini boleh ditonton di ruangan Reels di sini.

Jadi, pocong yang anda jumpa keluarkan bunyi yang sama atau berlainan?

Sumber: Facebook Puteri Tun Teja

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.