Siakap Keli
pocong bunyi seram
Kredit Alin Rose via TikTok

Kecoh Di Media Sosial Video Penampakan Didakwa Pocong Keluarkan Bunyi Seram 

Kecoh Di Media Sosial Video Penampakan Didakwa Pocong Keluarkan Bunyi Seram 

Satu video perkongsian yang memaparkan penampakan makhluk halus berbalut dengan kain putih didakwa sebagai ‘pocong’ tular di media sosial.

Video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama @rose_alin di akaun TikTok miliknya.

Video berdurasi 15 saat itu telah menunjukkan kelibat berwarna putih yang didakwa sebagai pocong mengeluarkan bunyi yang pelik.

Pocong bunyi seram

Bunyi yang menyeramkan tersebut didakwa milik pocong terbabit.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang dimuat naik pada hari Jumaat, 23 Februari tersebut telah mendapat tontonan melebihi 2.9 juta tontonan.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Menerusi video itu lagi, kejadian penampakan pocong itu didakwa berlaku di sebuah kampung yang terletak di salah satu Felda di Sungkai.

“Kecoh satu kampung baru-baru ni, pocong merata-rata diorang jumpa. Lokasi salah satu Felda di Sungkai,” tulis perkongsian video lelaki tersebut.

Meninjau lanjut ke akaun tersebut, terdapat satu lagi muat naik video penampakan itu dan ditulis sebagai bahagian dua.

Dakwaan muat naik video bahagian kedua itu, terdapat beberapa orang penduduk kampung yang pernah ternampak wajah pocong tersebut dalam keadaan berulat.

“Ada yang ternampak berulat mukanya. Seram aihh,” tulis video bahagian kedua berkenaan.

Perkongsian video seram tersebut telah mendapat reaksi pelbagai tentang penampakan makhluk halus terbabit. Banyak komen yang telah ditinggalkan oleh pengguna TikTok berkaitan muat naik video tersebut.

Terdapat beberapa komen yang mendakwa bunyi yang menyeramkan tersebut memang betul milik pocong berkenaan.

“Betul bunyi pocong memang macam ni. Saya pernah kena dulu waktu kem komando dulu,” tulis seorang netizen yang mempunyai pengalaman mendengar bunyi seram tersebut.

Kredit TikTok
Kredit TikTok

“Ni bunyi betul dia ke? Pernah dengar dulu. Tapi ingatkan bunyi burung,” tulis seorang netizen yang pernah mendengar bunyi seram tersebut.

“Banyak kali dah jumpa memang kawasan dia celah-celah kelapa sawit. Dia perhati kalau lalu Felda sungkai tu,” tulis seorang lagi netizen yang pernah mempunyai pengalaman yang sama.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada kelibat serta bunyi tersebut adalah benar.

@rose_alin

makin kecoh. pocong merata . #felda #pocong #kisahbenar

♬ original sound – Alin Rose Collection – Alin Rose Collection

Sumber: Alin Rose via TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka