Siakap Keli

Kurang Perkembangan Seimbang IQ & EQ Sebabkan Kanak-Kanak Tak Bersedia Untuk Masa Depan – Pakar

SELANGOR, 18 MEI 2023 – Pakar tempatan, Dr. Rakhee Yadav, pakar perunding pediatrik dari Pusat Perubatan Ara Damansara dan Profesor Madya Dr. Cheah Pike See, pakar neurosains dan anatomi di Universiti Putra Malaysia (UPM), berkongsi pada acara Enfagrow A+ Mindpro Holistic Brain Expo hari ini bahawa ibu bapa harus mengambil berat mengenai perkembangan seimbang IQ dan EQ anak-anak mereka, bukan hanya memberi penekanan kepada perkembangan IQ sahaja, disebabkan masa depan yang sentiasa berubah.

“Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Morbiditi Kesihatan 2019 (NHMS), dianggarkan satu daripada 20 kanak-kanak Malaysia berusia lima hingga sembilan tahun mengalami gangguan mental. Kanak-kanak memerlukan perkembangan IQ dan EQ yang seimbang untuk bersedia menghadapi masa hadapan. Meskipun kejayaan profesional menjadi cita-cita kebanyakan ibu bapa untuk anak-anak mereka, ia juga sama penting untuk mewujudkan generasi masa hadapan yang mampu membina hubungan sosial, mengendalikan tekanan dan menjalani kehidupan dengan yakin untuk menempuh cabaran dalam kehidupan dunia serba pantas ini,” kata Dr. Rakhee Yadav.

Prof Madya Dr. Cheah Pike See turut menekankan, “Pemakanan, jalinan hubungan dan pengalaman adalah tiga blok pembinaan penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia meyumbang kepada kebolehan intelektual, emosi dan sosial seseorang kanak-kanak. Justeru, penting bagi ibu bapa dan pendidik untuk menyedari dan menyediakan kanak-kanak dengan pemakanan yang betul, sokongan emosi dan pengalaman yang positif sepanjang tahun-tahun pembentukan ini. Perkara ini menjadi asas kepada kejayaan masa depan dan perkembangan holistik sepanjang hayat.”

Pandangan pakar-pakar ini juga disokong oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), yang mengiktiraf kesedaran yang kian meningkat dalam kalangan ibu bapa dan pendidik mengenai kepentingan memupuk kesejahteraan emosi kanak-kanak dan mengembangkan EQ mereka di samping kemahiran akademik1. Pembangunan EQ telah menjadi tumpuan di Malaysia, dengan penekanan kepada pembelajaran sosial dan emosi yang kian meningkat di sekolah dan program pendidikan awal kanak-kanak. 

Ulasan ini dikongsi pada majlis pelancaran Holistic Brain Expo – Ekspo Pendidikan untuk Kanak-kanak yang Bersedia Menghadapi Masa Depan, satu kerjasama antara Enfagrow A+ MindPro dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang menekankan dedikasi mereka kepada masa hadapan pendidikan. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, UPM memainkan peranan penting dalam membentuk kandungan dan objektif ekspo ini. Tambahan pula, Enfagrow A+ MindPro turut mengundang lebih 500 pelajar dan pendidik daripada 15 tadika di Lembah Klang untuk menghadiri ekspo pendidikan yang berprestij ini. Ekspo berkenaan dilancarkan secara rasmi oleh individu yang dihormati termasuk Prof Madya Dr. Cheah Pike See; Dr. Rakhee Yadav, Brian Fischel, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Malaysia, Singapura dan Vietnam; serta Ibu Selebriti Enfagrow A+ MindPro, Nur Fazura.

“Otak manusia merupakan satu ciptaan semula jadi yang menarik. Semasa pertumbuhannya, sel-sel otak berkembang untuk membina pelbagai sambungan dan rangkaian. Lebih banyak sel otak berhubung, ia dapat menyokong perkembangan holistik otak. MFGM dan DHA mengeluarkan bahan kimia otak yang disebut sebagai neurotransmitter 2, yang menghantar maklumat dari satu sel otak ke sel yang lain3, sekali gus mengawal kebolehan mental dan emosi 4. Ianya penting bagi ibu bapa untuk memahami khasiat yang diperlukan ketika tempoh awal si kecil dan sebaik-baiknya pemakanan harus mengandungi MFGM untuk membantu menyokong perkembangan EQ5 dan tahap DHA6  saranan pakar yang menyokong perkembangan IQ. Manfaat pemakanan berlanjutan sehingga ke zaman remaja, dan akan membentuk kesejahteraan intelektual dan emosi kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang,” tambah Dr Rakhee Yadav.

“Enfagrow A+ MindPro mengiktiraf peranan penting pemakanan yang kuat sepanjang tempoh lima tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak bagi memupuk perkembangan otak secara menyeluruh.  Penyelidikan menunjukkan bahawa 90% daripada perkembangan otak berlaku dalam tempoh ini, justeru asas pemakanan yang kuat menjadi keutamaan7. Masa depan sentiasa berubah,  meliputi pelbagai cabaran seperti perubahan iklim dan peluang yang tercetus daripada kecerdasan buatan (AI), kesedaran ibu bapa semakin meningkat terhadap kesediaan anak mereka untuk menghadapi landskap yang berubah dan meneruskan laluan kerjaya pilihan mereka. Dengan pengalaman dan kepimpinan dalam industri berdekad lamanya, Enfagrow A+ MindPro telah merevolusikan pemakanan kanak-kanak menerusi penemuan saintifik seperti DHA & MFGM. Kami tetap teguh dalam komitmen kami untuk memperkasakan ibu bapa dan pendidik, yang menggalakkan pendekatan secara holistik kepada perkembangan otak kanak-kanak. Ekspo pendidikan ini merupakan platform untuk mewujudkan kesedaran dalam masyarakat yang lebih meluas, dengan mengetengahkan kepentingan membina asas yang tepat sejak kecil lagi,” kata Brian Fischel, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Malaysia, Singapura dan Vietnam. 

Ekspo berkenaan mengetengahkan pelbagai pengalaman interaktif termasuk jelajah maya Brainverse, sebuah kubah berkilauan di mana pengunjung akan dibawa ke ruang ‘dalaman otak’ untuk paparan rangkaian saraf apabila otak berkembang sepanjang lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak. Sebagai tambahan, acara pendidikan yang menghiburkan itu turut memaparkan pengalaman interaktif termasuk pameran otak sebenar, permainan anatomi otak sintetik, teknologi interaktif untuk menyelidiki bagaimana otak  bekerja serta permainan dan cabaran otak yang menyeronokkan. Sepanjang pameran tersebut, ibu bapa dan pendidik berpeluang menimba pengetahuan daripada pakar terkemuka mengenai pemakanan yang betul, pendidikan keibubapaan dan gaya hidup sihat/pilihan persekitaran untuk menyokong perkembangan optimum kanak-kanak. Masuk adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam mulai 18 Mei hingga 21 Mei dan ekspo berkenaan sesuai untuk ibu bapa, kanak-kanak, pendidik dan pakar penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut, sila layari Enfagrow A+ Malaysia Facebook page.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa