Siakap Keli

QSR Brands Tawarkan Combo Meal Rahmah KFC Dan Pizza Hut

KUALA LUMPUR, 29 MEI 2023 – Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini  telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza  Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur. 

Inisiatif Menu RAHMAH terus mendapat sambutan daripada para  pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swastasemenjak ianya dilancarkan pada 31 Januari 2023.Pada hari ini, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu restoran KFC dan Pizza Hut restoran yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5.00 sahaja.

Menu RAHMAHini ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH KFC Meal (Seketul Ayam, Roti Butterscotch berserta Air  Mineral) dan Menu RAHMAH Pizza Hut Meal (Personal Piza berserta Air  Mineral) dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu. Hidangan tersebut boleh  dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH  KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands  (bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal).

Menu RAHMAHadalah Inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan  mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke  bawah. Menu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela. Inisiatif ini akan membantu rakyat Malaysia MADANI yang terkesan dengan kos  sara hidup terutama melibatkan kenaikkan harga makanan siap di masak.

KPDNjuga telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai  mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan  dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my

KPDNmenyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan  untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai  boleh menghubungiSekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri  Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada[email protected]

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa