Terima 50 Utas Rantai Emas, Majlis Pertunangan Mewah Pasangan Vietnam Raih Perhatian
Majlis pertunangan mewah pasangan dari Vietnam yang melibatkan hadiah wang tunai dan rantai emas mewah telah mendapat perhatian warganet di media sosial.
Memetik The Thaiger, bakal pengantin perempuan itu dilaporkan menerima 50 utas rantai emas dan wang tunai USD201,000 (RM921,000).
Pengantin lelaki mendedahkan bahawa mereka masih belum mengira jumlah keseluruhan rantai emas yang diterima namun ia dianggarkan kira-kira 50 utas.
Ibu bapa pengantin perempuan dikatakan menghadiahkan sebanyak 20 utas rantai dan 5 bilion dong Vietnam dalam bentuk tunai, manakala baki rantai itu hasil daripada pemberian saudara mara yang lain.
Wanita itu dipercayai merupakan anak sulung daripada tiga beradik perempuan dan memiliki ijazah dalam pengurusan perniagaan dari sebuah universiti di Ho Chi Minh City.
Keluarganya memiliki perniagaan motosikal dan hartanah, manakala keluarga pihak lelaki terlibat dalam industri pakaian dan peralatan tempat tidur.
Majlis perkahwinan bagi pasangan itu kemudiannya berlangsung pada pagi 29 Mei yang lalu.
Selepas majlis itu berlangsung, pasangan pengantin baru tersebut dikatakan telah merancang untuk kembali ke wilayah Binh Duong untuk meneruskan kehidupan dan pekerjaan mereka.
Terdahulu, sebuah video yang memaparkan barangan hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan telah menjadi tular dan berjaya meraih perhatian ramai.
Hantaran mewah tersebut merupakan sebuah kereta Honda Brio berwarna merah yang dihiasi reben, seekor lembu serta seekor kambing.
Hantaran itu juga termasuk kira-kira 15 tan beras yang telah dibawa menggunakan lima buah trak pikap.
Selain itu, set perabot rumah dan pelbagai hidangan makanan serta minuman turut mewarnai kemeriahan perarakan sewaktu majlis perkahwinan tersebut.
Kemeriahan acara itu dilaporkan berlaku di Kampung Ngampelrejo, Bancar, Tuban.
Ketua Kampung Ngampelrejo, Tariyono mengesahkan dakwaan video yang tular itu benar berlaku di kampungnya.
Tariyono juga menganggarkan hantaran tular itu bernilai sehingga 400 juta rupiah (RM121k).
BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat
Merupakan adat resam turun-temurun
Tariyono juga menjelaskan, majlis perkahwinan secara mewah itu merupakan adat resam penduduk Desa Ngampelrejo, Tuban yang telah diwarisi sejak turun-temurun.
Pemberian pengantin lelaki kepada pasangan pengantin perempuan diharap dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga pengantin.
“Jadi ia menjadi kebangaan bagi ibu bapa jika mereka melangsungkan perkahwinan dengan pemberian hadiah seperti ini,” kata Tariyono.
Sumber: The Thaiger