Siakap Keli
penjara 54 tahun rogol anak
Kredit: Awani

Bapa Dijatuhi Hukuman Penjara 54 Tahun, Rogol Anak Kandung

Bapa Dijatuhi Hukuman Penjara 54 Tahun, Rogol Anak Kandung

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan, atas tujuh pertuduhan termasuk merogol anak kandung di Kelantan, lapor Awani.

Tertuduh, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Khamis.

Bapa berusia 39 tahun itu melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii, melakukan kelucahan melampau, miliki pornografi kanak-kanak dan video lucah.

Difahamkan, tertuduh diperlukan untuk menjalani hukuman penjara 16 tahun ketika hakim memerintahkan semua hukuman berjalan serentak dari tarikh yang dituduh hari ini.

Pertuduhan dan hukuman

Kes mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memerlukan hukuman penjara minimum lapan tahun hingga 30 tahun dan 10 sebatan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 14 tahun penjara dan lapan sebatan untuk pertuduhan pertama.

Kemudian bagi pertuduhan kedua, penjara selama 15 tahun beserta lapan sebatan dan 16 tahun, lapan sebatan untuk pertuduhan ketiga.

Sementara itu, tertuduh didapati bersalah bagi pertuduhan keempat dan kelima, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap anak kandungnya dan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Tertuduh melakukan perbuatan jelik itu di dua lokasi berasingan pada 11 Mei dan 7 Disember tahun lalu, di Sering dan Panji, kira-kira 11.05 pagi dan 4 petang.

Kesalahan yang dilakukan tertuduh mengikut mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (Akta 574) dan 377D.

Kemudian, bagi pertuduhan keempat, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan dan penjara satu tahun bagi pertuduhan kelima.

BACA: Tular Akaun Media Sosial Berbaur Lucah, JAKIM Ambil Tindakan

Manakala, untuk pertuduhan keenam, tertuduh didakwa memiliki pornografi kanak-kanak.

Tertuduh juga memiliki video lucah dalam telefon bimbit bagi pertuduhan ketujuh di lokasi sama di Sering pada 19 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan keenam.

Difahamkan juga, bagi kesalah pertuduhan ketujuh, tertuduh turut dikenakan penjara satu tahun.

Jumlah keseluruhan yang dikenakan kepada tertuduh ialah sebanyak 54 hukuman penjara dan 25 sebatan.

Walau bagaimanapun, hukuman akan berjalan serentak, iaitu 16 tahun dari tarikh dituduh dan 25 sebatan.

Sumber: Astro Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana