Siakap Keli
t.o.p tidak bersama bigbang
Gambar: Instagram Choi Seung-hyun

“Fasa Baharu Dalam Hidup Saya,” T.O.P Sahkan Tidak Lagi Bersama BIGBANG

“Fasa Baharu Dalam Hidup Saya,” T.O.P Sahkan Tidak Lagi Bersama BIGBANG

SEOUL — Selepas meninggalkan YG Entertainment pada awal tahun lalu, anggota BIGBANG, T.O.P mengesahkan bahawa dia tidak lagi bersama kumpulan itu, lapor AllKpop.

T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung-hyun berkata demikian menerusi satu perkongsian yang dimuat di Instagram.

Tambahnya, dia kini dalam proses untuk mengeluarkan album sendiri.

“Masih lagi membuat album,” tulisnya dalam hantaran yang memaparkan dirinya sedang bermain alat muzik.

Gambar: Instagram Choi Seung-hyun

Cetus Tanda Tanya Peminat

Sebelum ini, timbul persoalan dalam kalangan peminat mengenai pemergiannya daripada kumpulan BIGBANG  sejak meninggalkan YG Entertainment.

BACA JUGA: Bintang K-Pop & Bekas Ahli Kumpulan BigBang, Seungri Dipenjara 3 Tahun Kerana Terlibat Jenayah Pelacuran

Rata-rata warganet mengajukan soalan tersebut dalam ruangan komen.

“TOP adakah awak sudah tinggalkan BIGBANG?” komen seorang Netizen.

Bergerak Solo

Bagaimanapun misteri yang menyelubungi peminat akhirnya terungkap apabila artis Korea itu sendiri mengesahkan bahawa dia telah meninggalkan kumpulan tersebut.

“Saya telah pun menarik diri. Saya juga telah memberitahu kamu semua bahawa saya meninggalkan kumpulan itu dan saya telah memulakan fasa baharu dalam kehidupan saya sejak tahun lepas.

“Solo,” komen T.O.P kepada peminat di ruangan komentar.

Komen tersebut membuatkan peminat terkejut dengan keputusan anggota BIGBANG itu selepas tiada banyak berita mengenai pemergiaannya dari kumpulan.

Sehinga kini, BIGBANG hanya terdiri daripada tiga anggota yang masih kekal iaitu, G-Dragon, Taeyang, dan Daesung.

BIGBANG 

Untut pengetahuan, BIGBANG merupakan sebuah kumpulan K-pop yang pada awalnya dianggotai oleh lima ahli termasuk G-Dragon (ketua kumpulan), Taeyang, Daesung, Seungri dan T.O.P.

Kumpulan itu mula ditubuhkan pada tahun 2006,  di bawah kontrak YG Entertainment . BIGBANG mencipta fenomena dengan beberapa siri lagu hit seperti Lie, Fantastic Baby dan Bang Bang Bang.

Terdahulu, Seungri telah mengumumkan bahawa dia telah menarik diri daripada kumpulan itu dan industri seni pada Mac 2019. Ia selepas penyanyi itu terlibat dalam kontroversi terbesar di negara itu.

BACA JUGA: Taeyang BIGBANG “Comeback” Dengan Lagu VIBE, Bergabung Dengan Jimin BTS

Sumber: AllKpop, Korean Updates

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?