Siakap Keli
kkm alat kelamin
Kredit: KKM Putrajaya

KKM Nafi Keluar Notis Pemeriksaan Alat Kelamin Pelajar IPTA

KKM Nafi Keluar Notis Pemeriksaan Alat Kelamin Pelajar IPTA

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan notis pemeriksaan alat kelamin siswa lelaki di Perak, yang tular baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit (cawangan Perak), Dr. Cheon Kar Chan berkata,  surat tersebut adalah maklumat palsu yang dikeluarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“KKM ingin memaklumkan bahawa surat edaran yang tular di media sosial ini adalah palsu.

“KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat seperti yang disebarkan ini oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada Khamis.

Kredit: KKM Putrajaya

Difahamkan, notis tersebut menyatakan pelajar lelaki diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kelamin bagi membasmi penyakit alat kelamin.

Pemeriksaan itu dijalankan di dua Institut Pendidikan Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS), iaitu Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi MARA.

Jelas KKM, pihaknya tidak mempunyai bahagian penyakit kelaman berjangkit di kawasan kesihatan seperti yang ditularkan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai dan menghebahkan maklumat yang tidak sah dan boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” tambah kenyataan itu.

KKM turut menasihati agar semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenaran sebelum menyebarkannya.

Terdahulu, tular di media sosial satu notis yang memerlukan para pelajar IPTA dan IPTA melakukan pemeriksaan kelamin.

KKM harap RUU kawalan produk merokok dibentang awal Jun ini

Semalam, KKM berharap Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok, dibentangkan pada persidangan Parlimen awal Jun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata RUU berkenaan sangat penting bagi melindungi kesihatan generasi muda dan ia merangkumi dua perkara utama iaitu kawalan terhadap produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat Rokok.

“RUU berkenaan sebelum ini tidak sempat dibentangkan dalam sidang Parlimen sebelum ini kerana berlaku pembubaran kerajaan sebelum ini.

“Namun KKM akan memastikan komitmen untuk membawa RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen yang akan diadakan selepas cuti Hari Kaamatan dan Hari Gawai.

“Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa juga telah membawa kertas RUU berkenaan ke Kabinet pada minggu lepas dan saya dimaklumkan Kabinet telah bersetuju untuk KKM membawa RUU berkenaan untuk bacaan kali pertama,” katanya.

Sumber: KKM Putrajaya/Twitter

BACA: KKM Bincang Dengan JPA Serap Petugas Kontrak Ke Jawatan Tetap Tanpa Pencen – Dr Zaliha

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana