Siakap Keli
Polis Mexico temukan 45 Beg berisi mayat
Kredit AFP

Polis Mexico Temukan 45 Beg Berisi Mayat

Polis Mexico Temukan 45 Beg Berisi Mayat

MEXICO CITY, 1 Jun (Bernama-dpa) — Sebanyak 45 lima beg berisi keratan anggota badan manusia ditemukan di pinggir bandar raya Mexico Guadalajara semasa gerakan mencari tujuh pemuda yang hilang, kata pendakwa raya lewat Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pejabat pendakwa negeri Jalisco berkata pegawai sedang menyiasat kehilangan tujuh pekerja pusat panggilan dari dua ladang di kawasan Zapopan, apabila mereka menemukan beg pertama yang mengandungi keratan anggota badan manusia, pada Selasa.

Mangsa terdiri lelaki dan wanita dan beg yang berisi keratan anggota badan mereka dibuang ke dalam gaung sedalam 40 meter.

Baca: Patutlah Ramai Nak Pergi, Majlis Raya Ni Siap Ada Konsert Artis Terkenal & ‘Game Xploria’

Pihak berkuasa berkata belum dapat dipastikan sama ada mayat yang ditemukan itu milik pekerja yang hilang minggu lepas dan akan meneruskan siasatan di tapak itu sehingga semua mayat ditemukan.

Setakat ini 45 beg ditemukan.

Mexico dibelenggu keganasan yang meruncing sejak perang dadah tercetus pada hujung 2006.

Menurut perangkaan rasmi pada 2022, seramai 31,936 orang terbunuh di Mexico yang mempunyai penduduk kira-kira 126 juta.

Sebahagian besar keganasan di negara ini melibatkan kartel dan kumpulan samseng, dengan beberapa daripadanya mempunyai kaitan dengan pasukan keselamatan. Kebanyakan jenayah juga tidak pernah diselesaikan di Mexico.

Sumber: BERNAMA-dpa

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka