Siakap Keli
penumpang cemas ular tumpang tingkap kereta
Kredit: TikTok

Penumpang Cemas, Ular ‘Tumpang’ Kereta Ikut Tingkap

Penumpang Cemas, Ular ‘Tumpang’ Kereta Ikut Tingkap

Seorang pemuda berkongsi detik cemas apabila mendapati seekor ular ‘menumpang’ kereta yang dinaiki bersama rakannya menerusi tingkap.

Detik-detik cemas, tetapi pada masa yang sama, kelakar, ini dikongsi menerusi TikTok Irfan (@eepanwho) pada 1 Jun, semalam.

Video berdurasi satu minit empat saat ini memaparkan reaksi rakan-rakannya ketika berhadapan dengan ular di depan mata mereka.

Pada awalnya, penumpang yang duduk bersebelahan dengan pemandu menyedari kehadiran ular tersebut apabila ia melingkari cermin sisi berdekatan dengannya.

Mungkin panik dengan kehadiran reptilia itu, penumpang tersebut menjerit ketakutan berulang-ulang kali.

“Wei, ular wei !!!!!!”

Apabila mendengar rakannya menjerit, pemandu kereta merasa buntu dengan apa yang perlu dilakukan dengan ular tersebut.

“Macam mana ni? Macam mana nak settle ni?”

Ketika mereka masih terkejut dengan apa yang berlaku, ular tersebut kelihatan terumbang-ambing akibat berdepan dengan rintangan udara semasa kereta tersebut menyusuri jalan raya.

Melihat sebagai satu harapan cerah, salah seorang daripada mereka bersorak agar ular itu jatuh ke tanah.

“Jatuh! Jatuh ! Jatuh!”

Walau bagaimanapun, ular tadi berjaya mengatasi rintangan udara dan melepet pada cermin tingkap belah penumpang hadapan.

“Wei, ular itu tengok sini !! Takut !!” teriaknya.

Walaupun cemas, perbualan penumpang-penumpang dalam kereta ini sangat kelakar

Melihat keadaan itu, penumpang yang asalnya duduk bersebelahan dengan ular tadi berpindah tempat ke kerusi penumpang belakang.

Pemandu kereta tersebut bergurau dengan rakannya yang duduk betuk-betul berdekatan dengan ular tersebut. Dia ‘mencadangkan’ agar tingkap bersebelahan rakannya dibuka.

“Tak payahlah, jangan main-mainlah,” jerit rakannya bila mendengar ‘cadangan yang bernas’ itu.

Secara tiba-tiba, salah seorang rakannya mengaitkan apa yang dihadapinya dengan azab kubur.

“Alah, kau belum kena azab kubur,”

Mendengar kenyataan ‘random‘ dari rakannya, penumpang yang asalnya duduk di hadapan menjawab rakannya dengan kenyataan yang boleh dikatak logik.

“Alah macam kau pernah masuk kubur!”

Melihat rakannya yang sudah tidak tentu hala, pemandu kereta tersebut memberikan solusi untuk menenangkan rakan-rakannya yang lain.

“Tak pe lah, kita pergi JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) dulu, pergi hantar ular ni,”

Tidak sempat bertenang selepas mendengar solusi tersebut, ular tersebut mula ‘menguasai’ tingkap pada bahagian penumpang belakang

“Hah, Tolong!!” teriaknya.

Nasib baik, ular tersebut tiba-tiba terjatuh dari badan kereta dan tersungkur di atas jalan raya. Melihat keadaan ini, penumpang yang duduk pada bahagian hadapan itu bersorak kegembiraan.

“Wei, dia jatuh!!”

Anda boleh menonton video tersebut di bawah:

@eepanwho

Replying to @ai maaf lambat , baru balik ziarah ularnya #ularterbang #fypシ

♬ original sound – 🎱 – 🎱

BACA: YB Edry Masuk Hutan, Berang Jumpa Perbuatan Mungkar Manusia

Sumber: eepanwho via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.