Siakap Keli
edry faizal perbuatan mungkar hutan
Kredit: Twitter

YB Edry Masuk Hutan, Berang Jumpa Perbuatan Mungkar Manusia

YB Edry Faizal Berang Bila Nampak Perbuatan Mungkar Di Hutan

Ahli Dewan Negeri Selangor Dusun Tua (Hulu Langat), Edry Faizal Bin Eddy Yusof meluahkan rasa berang apabila bertembung dengan perbuatan ‘mungkar’ di dalam hutan baru-baru ini.

Dalam satu ciapan di Twitter (@edryfaizal) pada 31 Mei lalu, beliau berkongsi rasa kecewanya apabila melihat kerosakan yang ditinggalkan oleh tangan manusia.

Menerusi ciapan yang sama, Edry turut menampilkan sebuah klip video yang berdurasi 33 saat yang dipercayai dirakam ketika beliau melakukan aktiviti jungle trekking.

Berdasarkan video tersebut, beliau dilihat membangkitkan isu tentang sifat segelintir manusia yang tidak mampu menjaga kebersihan di mana mereka berada.

Perkara tersebut dapat dibuktikan dengan penemuan sampah di merata-rata tempat, termasuk di kawasan hutan dimana beliar berada.

Apa yang mengejutkan, sampah berkenaan ditemui di tempat yang tidak dihuni oleh manusia secara tetap seperti di kawasan perkampungan atau bandar.

“Tengok ni, dalam hutan pun ada (sampah)! Manusia ni asal dia masuk je, dia buat sampah.” katanya dengan nada keras.

Edry turut menunjukkan sebungkus plastik sampah yang ditemuinya pada di atas tanah ketika dirinya sedang melakukan aktiviti rekreasi di sana.

Siapa yang membersihkan sampah di dalam hutan?

Selain itu, beliau memberikan persoalan kepada para penonton video berkenaan siapa atau pihak yang mana yang perlu bertanggungjawab untuk mengutip sampah ini.

“Ni kalau dalam hutan ni, siapa yang nak bersihkan. Takkan Jabatan Perhilitan? Takkan Jabatan Hutan nak kena kutip sampah ni? Takkan Majlis Pembandaran Kajang?” soalnya.

Oleh sebab itu, ahli Dewan Undangan Negeri Selangor itu cukup berang akan perbuatan mungkar ini dan menyifatkannya satu perkara yang menyusahkan orang lain.

“Dah kita pula kena bawa keluar sampah ni, menyusahkan oranglah korang ni (merujuk kepada pelaku),” ujarnya.

Kemudian, beliau turut sempat membelek isi beg plastik tersebut dan melihat kandungan sampah itu dengan lebih teliti.

Hasil penelitian mendapati, sampah tersebut merupakan kotak daripada perniagaan francais donat yang biasanya dibeli di stesen-stesen minyak.

“Kau masuk hutan makan donat, apa masalah kau? Dah satu hal pula aku kena bawa keluar untuk kau,” kata Edry sambil menunjukkan beg plastik tersebut ke arah kamera.

 

BACA: Tips Mudah, Set Macam Ni Nak Elak Orang “Add” Masuk “Group” Telegram Bukan-bukan

Sumber: @edryfaizal via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma