Siakap Keli
tak nak kena add masuk group telegram yang pelik-pelik
Kredit: Bernama

Tips Mudah, Set Macam Ni Nak Elak Orang “Add” Masuk “Group” Telegram Bukan-bukan

Tips Mudah, Set Macam Ni Nak Elak Orang “Add” Masuk “Group” Telegram Bukan-bukan

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan yang popular di dunia. Biasanya, pengguna Telegram akan menyertai mana-mana saluran (channel) di Telegram mengikut minat masing-masing.

Selain digunakan untuk menyebarkan maklumat, Telegram juga berfungsi sebagai saluran yang baik untuk menjalankan perniagaan atas talian. Anda boleh membelek katalog-katalog produk dengan mudah dan menghubungi penjual secara terus.

Oleh itu, saluran Telegram ini dilihat sebagai satu platform yang penting untuk komunikasi serta bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara atas talian.

Namun, seperti nasib media sosial yang lain, ada yang menyalahgunakan fungsi Telegram untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang negara.

Antaranya, menyebarkan gambar-gambar yang mengaibkan dan lucah, maklumat-maklumat yang tidak sahih serta sindiket perjudian dan penipuan atas talian (scammer).

Lagi-lagi, ada modus operandi bagi sindiket-sindiket perjudian dan penipuan atas talian kerap menambah nombor atau akaun Telegram orang ramai tanpa pengetahuan dan kebenaran pemiliknya.

Ada juga pengguna nakal yang suka melakukan ‘troll’ terhadap pengguna lain dengan memasukkan mereka ke adalam kumpulan ‘Telegram’ yang pelik-pelik seperti kumpulan ahli sihir hitam, pemilik nama sama dan sebagainya.

Pada awal, ia mungkin kelihatan agak lucu tetapi lama kelamaan, anda sudah bosan menghadapi perkara yang sama setiap hari. Belum campur lagi dengan menerima mesej ‘spam’ dari pengguna lain.

Ikuti langkah ini untuk elakkan orang asing dari ‘add’ kita ke dalam group Telegram yang pelik-pelik

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan diri kita dari dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram yang tidak diingini.

Pertama sekali, anda hanya perlu benarkan Kenalan (Contacts) dalam senarai pemanggil untuk memasukkan anda ke dalam kumpulan Telegram.

1. Bukan aplikasi Telegram dan pergi kepada bahagian “Settings” (Aturan) dengan menekan tiga titik pada penjuru kiri skrin anda.

2. Kemudian pilih  “Privacy and Security” (Privasi dan Sekuriti) daripada bahagian pilihan di bawah aturan.

3. Pada bahagian privasi dan sekuriti, tekan pada “Groups & Channels. (Grup & Saluran)”

4. Kini, pada seksyen “Who can add me” (siapa yang boleh tambah saya ke grup bual), tukar “Everybody” (Semua orang) kepada “My Contacts”(Kenalan Saya).

tak nak kena add masuk group telegram yang pelik-pelik
Kredit: Gadget To Use

Jika anda melakukan perkara-perkara di atas,ini dapat memastikan orang-orang yang tidak berada dalam senarai kenalan tidak boleh memasukkan anda ke dalam kumpulan Telegram.

Tambahan, anda juga boleh menghalang beberapa kenalan dari menambah anda ke adalam kumpulan.

Menyekat pengguna tertentu

Salah satu cara untuk menghalang diri anda daripada dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram ialah, menyekat nombor pengguna yang sering memasukkan anda dalam kumpulan Telegram tanpa kerelaan anda. Berikut merupakan cara untuk menyekat individu tertentu di Telegram.

1. Buka Telegram dan pergi ke bahagian “Settings” (Aturan).

2. Kini, pilih bahagian “Privacy and Security” (Privasi dan Sekuriti) daripada pilihan-piihan dalam menu tersebut.

3. Di sini, anda dapat melihat “Blocked Users” (Pengguna Disekat) pada bahagian atas dan tekan pada pilihan tersebut.

4. Seterusnya, anda dapat melihat pilihan “Block User” (Sekat Pengguna), tekan pada bahagian tersebut dan pilih kenalan mana yang ingin disekat.

block pengguna Telegram
Kredit: Gadget To Use

BACA: Ujian Litar Dipantau Mesin, Wanita Kongsi Pengalaman Dapatkan Lesen Memandu Di Korea Selatan

Sumber: Gadget To Use 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma