Siakap Keli
idris pas agama
Kredit: BERNAMA

Idris Ahmad Tangkis Dakwaan Pas Tunggang Agama

Idris Ahmad Tangkis Dakwaan Pas Tunggang Agama

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menyatakan agak mustahil sekiranya parti Pas menunggang agama kerana ia menerima penyertaan hampir 3,000 orang setiap bulan.

Beliau turut menyatakan beberapa sebab bagi menangkis tohmahan dan dakwaan berkaitan partinya yang dilabel sebagai menunggang agama.

Dalam perkongsian di Facebook, beliau memberi beberapa contoh tindakan pihak atau individu yang akan dilakukan untuk mempermainkan agama.

Antaranya, mereka akan menukarkan perkara yang sememangnya halal kepada haram dalam kehidupan dan sebaliknya.

“Kedua, tunggang agama ini ialah dalam satu masa kamu boleh bercakap tentang Islam dan dalam masa yang lain pula berfoya-foya, bersalam dan menari dengan wanita. Itu dikatakan peralatkan agama.

“Atau kamu bersama ulama dan masa lain tidak di mana menyokong perjuangan lain, maka itu dikatakan peralatkan agama atau tunggang agama,” katanya pada Selasa.

Mengulas lanjut, ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata dasar Pas adalah berasaskan Islam dan digunakan sejak 1951 dalam perlembagaan parti.

BACA: Jadikan Kipas Sebagai Makmum Jelas Persenda Agama – Mufti Pulau Pinang

“Itu dasar yang ada kepada kita walaupun kepimpinan bertukar, ada yang cabut lari dan sebagainya, dasar tidak pernah berubah.

“Soal pendekatan politik ini ialah strategi dan boleh berubah tetapi prinsip tidak pernah berubah. Jika strategi bertengangan dengan agama, maka kita perlu korbankannya tetapi tetap berpegang kepada prinsip agama,” ujarnya.

Jelasnya, segala dasar tidak boleh dilaksanakan secara sesuka hati kerana ia dikawal oleh Majlis Syura Ulama Pas.

“Walaupun Ahli Majlis Syura bukan dalam kalangan mujtahid mutlak tetapi melalui kaedah kolektif bagi satu keputusan sama ada boleh atau tidak.

“Jika perkara itu dilihat untung daripada politik tetapi tidak daripada sudut agama, kita tinggalkan.

“Maka, sebab itulah kalau ada yang kata Pas tunggang agama alhamdulillah, majoriti orang yang ada latar belakang agama walaupun bukan berpendidikan agama tetapi faham, mereka akan sokong perjuangan kita,” ujar beliau.

Sumber: FB Idris Ahmad / Awani

BACA: PAS Tidak Ada Masalah Kerjasama Dengan Tun M – Takiyuddin

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana