Siakap Keli
Mayat lelaki hanya berseluar dalam
Kredit Sinar Harian

Mayat Lelaki Hanya Berseluar Dalam Ditemukan Di Muar

Mayat Lelaki Hanya Berseluar Dalam Ditemukan Di Muar

JOHOR BAHRU, 7 Jun (Bernama) — Satu mayat lelaki dalam keadaan terlentang dan hanya memakai seluar dalam ditemukan di tepi jalan Felda Maokil-Bukit Kepong, Lenga, dekat Muar pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat yang dijumpai pada pukul 11.50 pagi itu dipercayai berada di lokasi tempat pembuangan sampah berdasarkan terdapat longgokan sampah di kawasan terbabit.

Baca: Patutlah Ramai Nak Pergi, Majlis Raya Ni Siap Ada Konsert Artis Terkenal & ‘Game Xploria’

“Pemeriksaan fizikal terhadap mayat oleh Pasukan Forensik Zon Utara dan Pasukan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mendapati keadaan mayat telah mereput dengan tiada sebarang identiti mangsa diperoleh,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini lewat malam tadi.

Beliau berkata mayat dihantar ke unit forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul dan dipercayai adanya unsur jenayah.

“Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat keberadaan sebenar mayat sama ada ia (lokasi mayat ditemukan) merupakan tempat kejadian kematian berlaku atau merupakan tempat kejadian kedua (mayat diletakkan di situ).

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan membawa hukuman mati.

Justeru, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Derah Muar bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Zakini Ab Latif menerusi talian 013-233 8184.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka