Siakap Keli
perdana menteri jill ireland
Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Menghadap Sultan Selangor Berhubung Kes Jill Ireland

Perdana Menteri Menghadap Sultan Selangor Berhubung Kes Jill Ireland

Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor hari ini dan menyembah maklum kepada  Baginda berhubung keputusan Kerajaan dalam kes Jill Ireland melawan Menteri Dalam  Negeri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan.  

Dalam sesi menghadap tersebut, saya telah menjelaskan pendirian Kerajaan Persekutuan  yang menghormati undang-undang yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan kedudukan  Raja-Raja Melayu yang bertindak sebagai Ketua Agama Negeri dalam menentukan  perkara berkaitan agama Islam di peringkat negeri serta peranan Majlis Raja-Raja dalam  menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat Persekutuan.  

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Selepas berbincang dengan DYMM Sultan Selangor, saya menghormati pandangan  Baginda yang selari dengan keputusan Jemaah Menteri Mei lalu bahawa isu penggunaan  kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak lebih sesuai diperkemas dan  diperjelaskan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)  yang berperanan menasihati Majlis Raja-Raja. 

Sehubungan itu, Baginda sebagai Pengerusi MKI telah bersetuju membawa perkara ini  untuk dibincangkan dalam majlis berkenaan pada Ogos ini sebelum ia diangkat untuk  pertimbangan dan penelitian Majlis Raja-Raja pada bulan Oktober pula.  

Justeru, saya sekali lagi menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan untuk memperaku  dan menerima pakai dasar sedia ada yang menghadkan penggunaan kalimah Allah  kepada orang Islam di Semenanjung Tanah Melayu serta kelonggaran bersyarat oleh  orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak. 

Kerajaan juga memberikan komitmen untuk memperkemas dasar sedia ada berdasarkan  ketetapan Majlis Raja-Raja yang akan diangkat sebagai suatu dasar muktamad berhubung  penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia. 

Kredit: FB Anwar Ibrahim

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.