Siakap Keli
Wanita bawa botol IV naik train
Kredit Baidu

Wanita Dirakam Bawa Botol IV Naik “Train”, Terpaksa Kerja Walau Tak Sihat

Wanita Dirakam Bawa Botol IV Naik “Train”, Terpaksa Kerja Walau Tak Sihat

Seorang wanita di Shanghai yang dirakam menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah sambil membawa botol intravena (IV) telah tular di media sosial China, lapor SCMP.

Kemunculan wanita itu berjaya dirakam oleh orang awam yang lalu lalang ketika wanita tersebut berada di eskalator stesen kereta api bawah tanah kira-kira 10 malam pada akhir bulan lalu.

“Pada mulanya, saya fikir dia memegang botol minuman. Kemudian saya menyedari bahawa ia adalah botol cecair IV yang dimasukkan ke dalam badannya.

“Dia sangat kuat dan kehidupan pasti tidak mudah untuknya. Hati saya remuk apabila melihat wanita itu,” kata lelaki yang mengambil video yang kemudian disiarkan di Douyin.

Kredit Baidu

Selepas klip video itu menjadi tular di internet, wanita yang dikenali dengan nama panggilan Dongdong berkata bahawa dia mengalami demam selama beberapa hari.

Tambahnya, sehari sebelum dia dirakam dalam video tersebut, dia telah menerima infusi IV di hospital.

Wanita itu dipercayai menjalankan operasi studio tarian di pusat bandar Shanghai, 20km dari rumahnya.

Dia tidak mampu untuk pergi ke hospital pada waktu siang kerana dia baru sahaja memulakan perniagaan dan tidak mempunyai kakitangan.

Kredit Baidu

“Jika saya pergi untuk menerima IV di hospital selepas pukul 10 malam setiap hari dan menghabiskan titisan pada pukul 2 pagi. Maka saya tidak akan mendapat rehat yang cukup kerana saya perlu membuka studio lebih awal,” kata Dongdong.

Disebabkan halangan itu, wanita itu kemudiannya mengambil keputusan untuk mengambil cecair IV sendirian di rumah. Kerana menurutnya, dia pernah belajar perubatan pada sebelum ini jadi dia boleh memasukkannya sendiri.

Menurut wanita itu, pada hari dia dirakam, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki kereta api bawah tanah.

“Saya baru sahaja memulakan perniagaan. Saya tidak mahu membazir wang,” kata Dongdong.

Sementara itu, dia turut mengakui bahawa perbuatannya itu tidak masuk akal. Justeru dia memberi amaran agar orang ramai tidak mencubanya.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Video Dongdong yang tular kemudiannya telah mencetuskan perdebatan hangat dalam talian mengenai tekanan sebagai pekerja di bandar besar China.

“Hidup tidak mudah. Saya faham sikap berjimat cermat gadis ini. Sewa teksi untuk perjalanan sejauh 20km adalah mahal,” komen seorang.

“Saya tidak dapat mengawal air mata saya. Ia seperti melihat diri saya yang dahulu,” kata seorang lagi yang bersimpati.

Sumber: SCMP

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.