Siakap Keli
The iron sheik meninggal dunia
Kredit WireImage

Legenda Gusti WWE, The Iron Sheik Meninggal Dunia

Legenda Gusti WWE, The Iron Sheik Meninggal Dunia

Bekas juara gusti ‘heavyweight’ WWE, The Iron Sheik dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 81 tahun, lapor BBC.

Pemergian juara gusti itu diumumkan oleh keluarganya sendiri menerusi satu kenyataan pada Rabu lalu.

“Dia adalah legenda sejati, a force of nature dan tokoh ikonik yang meninggalkan legasi luar biasa dalam dunia gusti. Dengan penuh kesedihan kami berkongsi berita ini,” tulis keluarga juara itu dalam satu kenyataan semalam.

The Iron Sheik atau nama sebenarnya Hossein Khosrow Ali Vaziri merupakan ikon gusti kelahiran Iran.

Sehingga kini, punca kematian ikon itu masih belum diberikan maklumat yang lengkap oleh keluarganya.

Pada kemuncak karier gustinya pada 1980-an, Vaziri pernah berdepan dengan pesaing hebat yang lain dalam gelanggang. Antara pesaing yang pernah menjadi seterunya ialah Bob Backlund, Sgt Slaughter dan Hulk Hogan.

Untuk rekod, Vazira pernah mengalahkan Backlund bagi merebut gelaran WWF World Heavyweight pada Disember 1983.

Namun sebulan kemudian, di hadapan lebih 20,000 penonton di Madison Square Garden, New York, Hogan berjaya mengalahkan Vaziri dan memenangi tali pinggang kejohanan buat kali pertama.

Kemenangan itu telah menaikkan nama Hogan dalam sukan gusti tersebut di mata dunia.

WWE menyifatkan acara itu sebagai “salah satu perlawanan gusti paling terkenal sepanjang zaman”.

Selain itu, Vaziri juga pernah disenaraikan ke dalam Dewan Kemasyhuran WWE pada tahun 2005.

“Beliau adalah seorang pelopor, pemecah halangan dan membuka jalan kepada pelbagai ahli gusti yang mengikut jejaknya,” kata keluarga Vaziri lagi.

Sepanjang kerjaya gustinya, Vazira mempunyai penampilan yang menarik dengan potongan rambut yang dicukur ikonik serta misainya dan kasut kaki lentik.

Vaziri telah membawa identiti warisan Iran dalam dirinya dengan menggayakan persona itu di atas gelanggang gusti.

Menurut ESPN, sebelum menyertai gusti, Vaziri hanyalah seorang pengawal peribadi untuk Shah Mohammed Reza Pahlavi dari Iran.

Vaziri juga hampir menyertai pasukan gusti Olimpik negaranya pada tahun 1968.

Vaziri akhirnya telah berpindah ke Amerika Syarikat dan menjadi penolong jurulatih untuk pasukan gusti Amerika dan menyertai WWE (kini dikenali WWF) pada tahun 1979.

Penghijrahan Vaziri itu telah meninggalkan isterinya Caryl Vazir, 47, dan anak-anaknya iaitu Tanya, Nikki dan Marisa.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

“Dia seorang bapa yang penyayang dan berdedikasi,” kata keluarganya.

“Beliau menanamkan dalam diri mereka nilai-nilai ketabahan, keazaman dan kepentingan mengejar impian mereka. Bimbingan Iron Sheik dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap potensi mereka telah menjadi semangat untuk anak-anaknya. Memperkasakan diri mereka menjadi versi terbaik dalam diri mereka,” akhiri keluarga itu.

Sumber: BBC

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.