Siakap Keli
kambing minta digendong
Kredit TikTok via @rhisstpnsadarr

Macam Budak Kecil, Tular Kambing Manja Minta Tuan Gendong

Macam Budak Kecil, Tular Kambing Manja Minta Tuan Gendong

Sebuah video yang memaparkan seekor kambing minta digendong oleh pemiliknya tular di media sosial Indonesia.

Muat naik video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang mengunakan nama @rhisstpnsadarr.

Berdasarkan muat naik video itu, kambing tersebut dilihat menunjukkan gelagat lucu apabila meminta pemiliknya untuk digendong.

Menerusi video perkongsian itu, kelihatan seorang wanita yang sedang berjalan lalu duduk mencangkung.

Apabila wanita itu membongkokkan badannya, kambing tadi segera mengangkatkan kedua-dua kaki hadapannya ke atas bahu wanita itu seperti anak kecil yang meminta untuk didukung.

Kredit TikTok
Kredit TikTok

Selepas digendong, kambing itu kelihatan tenang dan seakan sudah terbiasa dengan keadaan itu bersama pemiliknya.

Kredit TikTok

Sehingga setakat ini, video muat naik itu telah ditonton lebih daripada 1.7 juta tontonan oleh pengguna media sosial tersebut.

Ramai yang terhibur melihat gelagat kambing manja tersebut

Video itu turut mendapat komen pelbagai daripada pengguna media sosial yang lain. Antara komen yang ditinggalkan ialah:

“Lucu sungguh. Sapa ajar macam ni? Pasti mahu ajak pergi ke warung,” tulis seorang netizen yang menonton video tersebut.

“Kambingnya manja sangat,” tulis seorang lagi netizen.

“Macam mana boleh dengar cakap macam kucing? Macam mana cara ajarnya?,” tulis seorang lagi yang tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

@rhisstpnsadarr

yg menanyakan Mentahanya. gendong kambing #kambing

♬ suara asli – Rhisst – Rhisst

Terdahulu, penduduk kampung di Pandan Indah, Lombok Tengah di Indonesia digemparkan dengan kelahiran seekor anak kambing bermata satu baru-baru ini, lapor Daily Star.

Anak kambing itu dipercayai merupakan salah seekor daripada dua anak kambing yang dilahirkan oleh ibu yang sama pada 7 Mei lalu.

Walaupun seekor lagi dilahirkan normal, anak kambing yang kedua ini berbeza kerana ia hanya mempunyai satu mata dan hampir seperti manusia kerana mempunyai janggut.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Jiran kepada pemiliknya, Masdar Farid, 26, memberitahu media tempatan, “Kambing bermata satu itu agak pelik, ia tidak berbulu dan mempunyai warna yang agak pelik.

“Malah ia kelihatan seperti wajah manusia kerana janggutnya,” katanya.

Anak kambing itu bagaimanapun dilaporkan mati 20 minit kemudiannya.

Sumber: Liputan6

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.