Tular, “Oppa” Korea Pilih Wanita Sunda Sebagai Isteri
Tular di media sosial Indonesia selepas sebuah video memaparkan majlis resepsi perkahwinan seorang lelaki dari Korea Selatan bersama wanita asal Garut, Indonesia.
Memetik Wolipop, majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung dengan meriah dan tetamu jemputan turut teruja melihat pasangan berbeza negara tersebut.
Video muat naik majlis perkahwinan pasangan itu telah dikongsikan oleh akaun TikTok @agusmfsticker pada awal bulan lalu.
Video tersebut kemudiannya menjadi tular dan mendapat perhatian netizen kerana pengantin lelaki dikatakan kelihatan mengalami kejutan budaya.
“Sekali lagi viral, Oppa Korea vs Sunda Selatan Garut. Alhamdulillah, anda sah berkahwin dan anda juga sah sebagai Muslim,” tulis muat naik video tersebut.
Berdasarkan video berdurasi 25 saat itu, rakaman menunjukkan majlis resepsi perkahwinan wanita Garut dan lelaki Korea Selatan itu dipenuhi dengan tetamu jemputan.
Kedua-dua pengantin dilihat memakai pakaian serba putih yang sedondon di atas pelamin.
Sementara itu, ibu pengantin lelaki dilihat memakai pakaian tradisional Korea Selatan yang dikenali sebagai Hanbok.
Muat naik majlis perkahwinan itu sehingga kini telah ditonton lebih 1.5 juta tontonan dan menerima pelbagai komen.

Ada yang mengatakan bahawa keluarga lelaki itu mungkin mengalami kejutan budaya setelah melihat sambutan majlis resepsi tersebut.
“Sumpah kelakar. Pasti keluarga lelaki alami kejutan budaya, dari cara makan hinggalah ke muzik dan tetamu,” tulis seorang netizen.
Wolipop juga sempat menghubungi Agus Mahmudin yang merupakan pemilik akaun TikTok muat naik video tersebut.
Menurut Agus, pasangan tular berbeza negara itu bernama Jihan Suci Kurniawan dan Yu Hyeun Woo.
Agus sebelum itu telah diberikan kepercayaan untuk mendekorasi majlis resepsi bagi pasangan tersebut.
“Keluarga lelaki Korea terkejut dengan kejadian itu kerana penduduk ramai berpusu-pusu. Mungkin mereka berasa pelik,” kata Agus melalui WhatsApp, pada Isnin lalu.
BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat
Lelaki berusia 27 tahun itu turut menjelaskan bahawa perkahwinan tular itu telah diadakan di Cigebang, Daerah Pakenjeng, Garut, Jawa Barat.
Pernikahan pasangan itu telah berlangsung pada 3 Mei 2023 dengan menggunakan adat Sunda.
@agusmfrsticker làgi VIRAL opa korea vs sunda garut selatan alhamdulilah sah jadibpengantin dan sah juga jadi muslim jodohgabakalankemna #ketemudisosmed #cowokoreabraninyusul
Sumber: Wolipop.com