Siakap Keli
iman troye rm300 spm
Kredit: Instagram Iman Troye

Iman Troye Nak Beri RM300 Untuk Pelajar SPM Terpilih, Result Naik Gred Dari G Ke A

Iman Troye Nak Beri RM300 Untuk Pelajar SPM Terpilih, Result Naik Gred Dari G Ke A

Penyanyi Iman Troye bakal menghadiahkan wang tunai berjumlah RM300 terhadap calon SPM 2022 yang berjaya mencapai peningkatan luar biasa dalam mana-mana subjek.

Pengumuman pemberian hadiah wang tunai itu dibuat selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dikeluarkan pada 8 Jun 2023.

Menurut hantaran Instagram penyanyi berusia 20 tahun itu, hadiah wang tunai itu akan diberikan kepada pelajar SPM yang terpilih.

“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.

Berdasarkan PTTI, kriteria pemilihan untuk layak menerima hadiah ini adalah berjaya mencapai peningkatan dalam mana-mana subjek dari gred ‘G’ kepada ‘A’.

Pemberian ini dianggap sebagai pembakar semangat bagi murid-murid yang menduduki peperiksaan SPM pada masa yang akan datang.

“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.

“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” jelas penyanyi tersebut.

Bagi Iman, kejayaan yang dicapai itu diharap agar dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM pada masa yang akan datang.

“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.

“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” ujarnya.

Dalam hantaran yang sama, Iman memberitahu bahawa jika ada pelajar yang menepati kriteria ditetapkan, mereka boleh menghantar mesej (DM) menerusi akaun Instagram PTTI (@pttionline).

 

Memetik Bernama, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di negeri-negeri, menunjukkan peningkatan pada indeks Gred Purata Negeri (GPN).

Ini dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah calon yang mendapat keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran.

BACA: Jangan Buat ‘Ini’ Sebelum X-ray Gigi, Nanti Nampak Macam Pakai Susuk

Sumber: IG Iman Troye

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma