Siakap Keli
Tunjal dahi
Kredit Sinar Harian

Lelaki ‘Tunjal’ Dahi Pemandu Wanita Dipenjara Tujuh Hari

Tertuduh ‘Tunjal’ Dahi Pemandu Wanita Dipenjara Tujuh Hari

Mahkamat Majistret Tapah pada hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari ke atas seorang penyelia kilang selepas tindakannya yang mengugut dan mencederakan pemandu wanita.

Kesalahan itu dihadapi tertuduh selepas video kejadian itu tular di media sosial pada Isnin lalu.

Majistret Siti Hanum Mohmad Shah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, 29, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, hukuman penjara itu diperintahkan untuk dijalankan serentak bermula tarikh sabitan tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, bapa kepada seorang anak itu didakwa secara jenayah telah menakutkan mangsa, 25, dengan kata ugutan ‘pecah muka kau sat lagi’.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lata Iskandar Kilometer 22, Jalan Tapah- Cameron Highlands sekitar jam 5.33 petang pada 5 Jun lalu.

Pertuduhan ke atas mangsa dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua pula membabitkan dakwaan yang membabitkan tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa di lokasi dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut kesalahan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Yang boleh membawa kepada hukuman penjara sampai satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam berkata dalam rayuannya berkata kejadian itu berlaku disebabkan wanita berkenaan cuba memotong kenderaannya secara merbahaya.

Menurutnya, tindakan wanita itu boleh mengancam nyawa ahli keluarga terutama anak dan isterinya yang sarat mengandung lapan bulan dalam kereta yang dipandunya.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini dipercayai kerana mengasari seorang pemandu wanita. Kejadian dilaporkan berlaku semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah.

Video insiden itu berdurasi 59 saat turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata perintah reman dikeluarkan ke atas suspek berusia 29 tahun itu yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor.

“Permohonan tahanan reman ke atas suspek dilakukan di Mahkamah Tapah di bawah Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan selama tiga hari hingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, lelaki tersebut ditahan di sekitar Serdang dan dibawa ke Balai Polis Tapah untuk membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.