Siakap Keli
tar macam karpet
Kredit Oddity Central

Penduduk Tunjuk Tar Jalan Baru Macam Karpet, Siap Boleh Diangkat

Penduduk Tunjuk Tar Jalan Baru Macam Karpet

Penduduk tempatan di negeri Maharashtra, India berang selepas mendapati jalan raya yang baru disiapkan sebenarnya hanyalah karpet dengan lapisan asfalt di atasnya, lapor Oddity Central.

Menurut Lokmat Times, penduduk Karjat-Hast Pokhari, sebuah kampung di daerah Jalna, Maharashtra telah lama memohon kepada wakil rakyat untuk jalan raya yag baru.

Permohonan itu dibuat berikutan keadaan jalan raya kegunaan harian mereka berada dalam keadaan yang daif.

Pada bulan lalu, permohonan mereka akhirnya telah diluluskan oleh wakil rakyat tempatan daerah tersebut.

Namun impian untuk melihat jalan raya lapisan asfalt yang baharu seakan malap seketika. Penduduk mendapati jalan raya yang baharu itu hanyalah karpet yang mempunyai lapisan asfalt di atasnya.

Menurut penduduk, syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek itu telah melakukan kerja yang sangat teruk. Syarikat itu dikatakan hanya meletakan lapisan asfalt nipis di atas kanvas seperti karpet yang boleh diangkat dari atas tanah dengan mudah.

Video tular menunjukkan penduduk mengangkat dengan mudah jalan raya ‘karpet’ tersebut

Sebuah video yang menunjukkan penduduk yang tidak berpuas hati dengan keadaan itu telah tular di Twitter.

Selain itu, menerusi video tersebut, penduduk tempatan juga telah mengkritik syarikat yang bertanggungjawab atas kerja itu. Mereka sempat dilihat mengangkat karpet asfalt itu untuk menunjukkan bukti bahawa jalan raya baharu itu adalah palsu.

Tar jalan macam karpet, kontraktor dakwa teknologi Jerman

Menerusi percakapan penduduk dalam video tersebut, mereka dipercayai telah mengkritik kontraktor tempatan dan memanggil jalan baharu itu sebagai ‘palsu’.

Jalan yang teruk itu dibina sebagai sebahagian daripada Skim Jalan Luar Bandar Perdana Menteri.

Syarikat yang mengusahakan projek khusus ini bagaimanapun mendakwa bahawa mereka telah menggunakan teknologi Jerman yang terkini untuk membina jalan tersebut.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Penduduk kampung di daerah terbabit telah menuntut tindakan tegas terhadap kontraktor, jurutera jalan raya serta jabatan berkenaan.

Ini kerana penduduk kampung mendakwa bahawa mereka telah diperdayakan dengan kerja tidak telus ini yang berkemungkinan besar tidak akan bertahan lama.

Sumber: Oddity Central

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.