Dihasilkan dengan penuh bergaya dan karisma, jenama motor Yamaha RX-Z berjaya menambat hati para remaja apabila ia mula diperkenalkan pada tahun 1985.
Walaupun ia telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2011, namun model tersebut masih mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai, terutamanya pencinta RX-Z.
Boleh dikatakan model RX-Z ini tidak ditelan dek zaman, kerana reka bentuk masih relevan walaupun sudah seabad ia dikeluarkan oleh syarikat motor itu.
Namun siapa sangka, harga Yamaha RX-Z kini mampu mencecah harga ratusan ribu selepas pengguna Facebook Muhammad Imran membuat keputusan untuk menjual model RX-Z Catalyzer keluaran tahun 2002 yang dimiliki dengan harga kira-kira RM120,000.
Dalam perkongsian di Facebook, Muhammad Imran turut meletakkan senarai panjang berkenaan dengan motor tersebut beserta dengan aksesori yang lain.
Harga yang ditawarkan agak tinggi susulan dengan statusnya yang belum didaftarkan lagi sekali gus membuatkan nilai itu sama seperti membeli sebuah kereta.
Senarai itu turut memaparkan sebuah lagi model Yamaha RX-Z beserta aksesori dengan harga RM75,000 yang telah ditempah oleh pembeli baharu.
Aksesori yang dijual juga dilepaskan dengan harga belasan ribu ringgit dan jika dijumlahkan secara menyeluruh, harga motor itu mencecah RM248,000.
Muhammad Imran turut menawarkan harga kasih sayang kepada pembeli yang ingin membuat bayaran sekali gus dalam satu waktu dengan diskaun sebanyak RM48,000.

Berikut senarai yang dibuat:
RX-Z Catalyzer 2002 baru merah putih unregister RM120K.
Coverset full OM biru putih complete set RM15K.
Coverset full om hitam putih complete set RM18K.
Double seat 5BU nos RM1K (kulit licin).
Exhaust 3bs hly RM50.
BACA: Viral ‘Boss James’ Nak Derma Yamaha MX King & Wang Tunai RM7,000, Polis Pesan ‘Jangan Terpedaya’
Harga setanding model
Rata-rata warga maya berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh Muhammad Imran kerana ia sepadan dengan karisma yang dimiliki motor tersebut selain permintaannya tinggi.
Sesetengah daripada mereka juga mempersoalkan tindakan Muhammad Imran kerana menjualnya kepada harga yang murah.
Dia berkata sekiranya diletakkan pada harga yang lebih mahal pastinya ramai yang tidak akan menyukai tindakannya.

Bagi mereka yang tidak meminati motor sememangnya akan berfikir bahawa harga motor itu agak tidak masuk akan namun buat peminat, harga tersebut merupakan nilai yang perlu dibayar sekiranya betul-betul minat.
Untuk mereka yang meminati motor tersebut sila lihat di bawah.
https://www.facebook.com/muhammad.imran.5439/posts/10219169758034952?ref=embed_post
Sumber: Muhammad Imran/Facebook
BACA: Rezeki Tak Salah Alamat, Lelaki Berjaya “Swap” Moto RXZ Dengan Tanah Lot