Siakap Keli
RXZ
Kredit Nik Mohd Zulkiflee/Facebook

Rezeki Tak Salah Alamat, Lelaki Berjaya “Swap” Moto RXZ Dengan Tanah Lot

Rezeki Tak Salah Alamat, Lelaki Berjaya “Swap” Moto RXZ Dengan Tanah Lot

Motosikal jenis Yamaha RX-Z ini sudah tidak dikeluarkan lagi, jadi ramai penggemar sanggup berhabis duit untuk mendapatkan barang ‘rare’ ini.

Harga jualan semula motosikal ini telah meningkat naik dengan begitu mendadak, berganda-ganda daripada harga asalnya. Kini, sebuah moto RXZ yang masih baik kondisinya boleh dijual pada harga mencecah puluhan ribu ringgit.

Tetapi, bagi lelaki ini, dia benar-benar mendapat rezeki terpijak apabila seorang pembeli yang membeli RXZ miliknya sanggup menukar motosikal tersebut dengan sebidang tanah lot.

Pemilik akaun Facebook bernama Nik Mohd Zulkiflee telah berkongsi pengalaman itu di satu ‘group’ Facebook Jual Beli semalam.

Moto
Gambar via Nik Mohd Zulkiflee/Facebook

Dalam kemaskini tersebut menunjukkan keadaan motosikal yang berjaya dijual. Lelaki tersebut juga meletakkan bukti pembelian dengan gambar geran tanah yang berjaya ditukar dengan kenderaan tersebut. Berdasarkan gambar geran itu, tanah lot tersebut bertempat di Banggol Setol dengan keluasan 487 meter persegi.

Namun begitu, perkongsian lelaki itu juga mendapat pelabagai komen dari ahli ‘group’ tersebut. Ada yang memberi komen berunsur kecaman ke atas pembeli yang sanggup tukar geran tanah semata untuk sebuah motorsikal. Terdapat juga yang memberi komen bahawa itu semua rezeki lelaki itu.

Terbaru dalam kemaskini terbaru lelaki itu, dia telah pergi ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh untuk tujuan menukar nama geran tanah tersebut.

BACA: Minat Sungguh Dengan Ikan Mentah, Adik Ni Siap Bawa Tidur Macam Bantal Peluk

Sumber: Nik Mohd Zulkiflee Yamaha Army

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka