Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Maut Tertimbus Tanah Di Pasir Gudang - Bomba

Lelaki maut tertimbus tanah
Kredit: JBPM Johor Via Bernama

PASIR GUDANG, 24 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas dipercayai tertimbus ketika menggali tanah berhampiran tangki air Taman Kedidi di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian menimpa lelaki berusia 48 tahun itu pada 10 pagi.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan peralatan khas, cangkul dan skop bagi memudahkan penggalian tanah.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan pada 12.33 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

Kredit: JBPM Johor
Kredit: JBPM Johor

PGO memaklumkan mayat diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada 12.53 tengah hari.

Operasi SAR melibatkan 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya turut ditangguhkan untuk sementara waktu atas faktor keselamatan kerana hujan.

Sementara itu, Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang dalam hantaran Facebook mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang dikenali sebagai Jamaluddin Wahab dari Taman Cahaya Masai.

Intipati
  • Seorang lelaki berusia 48 tahun maut selepas dipercayai tertimbus di Taman Kedidi, Pasir Gudang.
  • Bomba menerima panggilan kecemasan pada 10 pagi dan menjalankan operasi mencari serta menyelamat.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.33 tengah hari sebelum mayat diserahkan kepada polis.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan