Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kanak-Kanak 11 Tahun Dikhuatiri Lemas Dalam Empangan Di Pasir Gudang

Kanak-kanak Dikhuatiri Lemas
Gambar Hiasan

Dua Kanak-Kanak 11 Tahun Dikhuatiri Lemas Dalam Empangan Di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU, 10 Ogos (Bernama) -- Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Haizrul Rahmad berkata empat anggota digegaskan ke tempat kejadian sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.36 malam.

Beliau berkata setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati terdapat dua mangsa iaitu kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang.

"Bapa mangsa memaklumkan mangsa dikhuatiri lemas di kawasan empangan berikutan penemuan sebuah basikal dan selipar milik mangsa di lokasi kejadian.

"PKO bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan tersebut," katanya kenyataan malam tadi.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan sehingga kini.

Intipati
  • Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri lemas di empangan Taman Scientex, Pasir Gudang.
  • Bomba menggerakkan empat anggota selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.36 malam.
  • Basikal dan selipar milik mangsa ditemukan, sementara operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan